Utusan Borneo (Sabah)

PLUMS tawar rebat 10 peratus kepada alumni, kakitangan dan tanggungan kakitangan UMS

-

KOTA KINABALU: Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) menawarkan pemberian rebat yuran pengajian 10 peratus kepada alumni, kakitangan dan tanggungan kakitangan UMS yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Ijazah Sarjana (Secara Kerja Kursus / Mod Campuran).

Menurut kenyataan PLUMS, pemberian rebat tersebut bukan sahaja menjimatka­n kos pembelajar­an, malahan membantu mengatasi kos sampingan seperti logistik, penginapan dan lain-lain yang berkaitan.

“Kaedah pembelajar­an juga fleksibel iaitu kuliah hujung minggu dan pada waktu malam, secara tidak langsung menjadikan program kendalian PLUMS sesuai untuk semua pihak khususnya kepada calon-calon pelajar yang sedang bekerja.

“Syarat kemasukan bagi program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) adalah sekurangku­rangnya memiliki Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM)/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ Diploma/ Sijil Matrikulas­i /Sijil Asasi, dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berserta sijil Malaysian University English Test (MUET),” demikian menurut kenyataan itu.

PLUMS dalam kenyataan yang sama juga memaklumka­n bahawa calon yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, namun mempunyai pengalaman kerja boleh memohon menggunaka­n Sijil APEL Tahap 6 daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Manakala, calon yang ingin mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Secara Kerja Kursus / Mod Campuran), calon haruslah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau sijil APEL Tahap 7.

“Pendidikan rasmi adalah satu cabang kejayaan seseorang dalam mengecapi impian sebagai insan berpendidi­kan dan berpengeta­huan luas serta berdaya saing sama ada di peringkat pasaran tempatan mahupun antarabang­sa.

“Atas matlamat inilah, maka PLUMS mengambil inisiatif untuk membantu meningkatk­an tahap pendidikan warga UMS dengan penawaran rebat 10% selain menyahut kepada saranan kerajaan dalam merealisas­ikan budaya pembelajar­an sepanjang hayat,” jelas kenyataan itu.

Pada masa yang sama, PLUMS juga kini memperkena­lkan program Saluran Terbuka Universiti Malaysia Sabah (SATUMS) iaitu pengambila­n pelajar sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda tanpa melalui UPU.

Sebagai tambahan, PLUMS juga merupakan pusat ujian MUET on Demand (MOD) yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Maklumat lanjut tentang pusat pembelajar­an PLUMS serta program-program yang dikendalik­an boleh diperoleh di laman sesawang rasmi PLUMS di https://www.ums. edu.my/plums.

 ?? ?? TERBAIK: Antara graduan PLUMS yang diraikan pada Majlis Konvokesye­n UMS ke-22 pada Mac lalu.
TERBAIK: Antara graduan PLUMS yang diraikan pada Majlis Konvokesye­n UMS ke-22 pada Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia