Utusan Borneo (Sabah)

Dressel menarik diri dari kejohanan Renang Dunia

-

BUDAPEST: Pemenang pingat emas Olimpik tujuh kali Caeleb Dressel menarik diri dari Kejohanan Renang Dunia pada hari Rabu atas “sebab perubatan”.

Dressel, 25, menarik diri daripada gaya bebas 100m pada Selasa selepas menang tempat kedua terpantas. Pada hari Rabu, dia keluar dari pertanding­an selebihnya.

“Dia menarik diri atas sebab perubatan. Demi kesihatan jangka panjangnya, itu ialah keputusan yang paling tepat,” kata Lindsay Mintenko, Pengarah Urusan Renang untuk pasukan Amerika Syarikat (AS).

“Dia tidak sihat untuk bersaing buat masa ini.”

Atas sebab-sebab undangunda­ng, dia tidak boleh memberi kenyataan lebih spesifik mengenai masalah itu.

“Akhirnya ini merupakan keputusan Caeleb,” katanya.

Dressel memenangi lima pingat emas dalam Sukan Olimpik Tokyo dan telah meraih dua pingat di Budapest, dalam kupu-kupu 50 meter dan renang berganti-ganti gaya bebas 100 meter.

Dia sepatutnya berlumba dalam renang rampaian berganti-ganti pada Selasa, namun tidak berenang.

“Kami perlu membuat keputusan segera. Dia masih mempunyai banyak perlumbaan,” kata Mintenko.

“Kami terpaksa membuat keputusan yang sangat sukar malam tadi kira-kira sejam sebelum pertanding­an (relay), rakan sepasukan lalu menggantik­annya dan memenangi pingat emas.”

“Keputusan perlu segera dibuat bersama-sama dengannya, kakitangan perubatan dan jurulatih. Ini ialah keputusan yang tepat untuk kesihatan jangka panjangnya.

“Semestinya ia sukar. Caeleb bekerja sangat keras untuk ini. Apabila anda menyertai kejuaraan dunia dan anda tidak boleh bersaing, ia benar-benar sukar.

“Semoga masalah ini cepat dan dia akan pulih dan kembali sihat tidak lama lagi.”

Ditanya sekiranya dia sudah meninggalk­an Budapest, Mintenko berkata: “Ya, dia sedang dalam perjalanan.”

Sebelum kejohanan, Dressel memberitah­u penemuduga AS, Graham Bensinger bahawa dia “rasa begitu ketinggala­n” selepas memenangi lima emas di Tokyo namun dia tidak mencapai masa sasarannya.

 ?? — Gambar AFP ?? TARIK DIRI: Dressel ketika beraksi dalam acara renang pada Kejohanan Akuatik Dunia Budapest 2022 di Budapest.
— Gambar AFP TARIK DIRI: Dressel ketika beraksi dalam acara renang pada Kejohanan Akuatik Dunia Budapest 2022 di Budapest.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia