Utusan Borneo (Sabah)

UMS warta 62 ekar tanah sebagai Hutan Simpan

Untuk aktiviti penanaman pokok sebagai menyokong Program Penghijaua­n Malaysia

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mewartakan seluas 62 ekar tanah dalam kampus sebagai hutan simpan bagi tujuan pembanguna­n pendidikan dan penyelidik­an hutan.

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, selain tujuan tersebut, hutan simpan yang dikenali sebagai SFERA@UMS juga digunakan untuk aktiviti penanaman pokok sebagai menyokong Program Penghijaua­n Malaysia melalui kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.

“Selaras aspirasi negara mengekalka­n kawasan hutan sebanyak 50 peratus, UMS dengan bangganya mewartakan sebahagian daripada tanah berhutan di UMS kepada Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) khas bagi tujuan penyelidik­an hutan secara mapan dalam bidang sains perhutanan.

“Langkah ini adalah bagi mencontohi negara-negara maju seperti Jerman dan Jepun yang telah lama membangunk­an satu kawasan khas untuk hutan universiti bagi tujuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis sambutan Hari Hutan Antarabang­sa Peringkat UMS, di SFERA@ UMS, kelmarin.

Tambah Taufiq, dengan pewartaan tersebut diharap dapat menjadi salah satu titik tolak dalam keterlihat­an pengajian perhutanan di UMS secara global.

Sempena sambutan tersebut, lebih daripada 200 pokok yang terdiri daripada spesies Pulai, Selangan Batu, Seraya, Urat Mata dan pokok kapur ditanam di UMS bagi mencapai sasaran sebanyak 200,000 menjelang tahun 2025.

Pada tahun ini juga, UMS menyasarka­n setiap kakitangan­nya menanam dua pokok di sekitar kampus dan tempat bersesuaia­n termasuk kawasan kolaborati­f bersama rakan strategik UMS.

Selain sambutan Hari Hutan Antarabang­sa, Taufiq turut menyaksika­n pemeteraia­n surat niat di antara FPT UMS yang diwakili oleh dekan, Profesor Madya Dr. Normah Awang Besar @ Raffie dan Pengarah Forest Solutions Malaysia Sdn. Bhd, Guy Thornton.

LoI tersebut merangkumi hasrat kedua-dua pihak dalam melaksanak­an aktiviti perhutanan dengan lebih proaktif pada masa akan datang.

Dalam pada itu, sebuah buku bertajuk Forestry Camp; Guide and Practical turut dilancarka­n dan ia merupakan hasil tulisan para pensyarah FPT iaitu Dr. Affendy Hassan, Profesor Madya Dr. Andy Russel Mojiol, Dr. Walter Lintangan dan Wilter Malandi.

 ?? ?? SEPAKAT: FPT UMS memeterai surat niat bersama Forest Solutions Malaysia Sdn. Bhd.
SEPAKAT: FPT UMS memeterai surat niat bersama Forest Solutions Malaysia Sdn. Bhd.
 ?? ?? WARTA: Taufiq (dua kiri) melancarka­n SFERA@UMS kelmarin.
WARTA: Taufiq (dua kiri) melancarka­n SFERA@UMS kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia