Utusan Borneo (Sabah)

IPK Sabah buat lelongan harta aset alih Selasa depan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah akan membuat lelongan harta aset alih bagi melupuskan 158 aset keseluruha­n.

Jurucakap IPK dalam satu kenyataan memaklumka­n lelongan yang akan dibuat Selasa depan bersamaan 28 Jun itu membabitka­n barang kemas, peralatan elektrik, enjin sangkut, motosikal dan kereta.

Katanya, lelongan akan diadakan bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang di Dewan Serbaguna, IPK Sabah.

“Orang ramai atau pembida yang berminat boleh terlebih dahulu melihat semua aset berkenaan pada 24 dan 27 Jun ini di Pejabat Perlucutha­kan Harta, Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Sabah antara jam 9 pagi hingga 3 petang.

“Pembida yang berminat untuk menyertai lelongan perlu mendaftar dengan pegawai pelelong dengan memberikan nama penuh, MyKad dan alamat.

“Pembida juga perlu membayar deposit sebanyak 5 peratus daripada harga simpanan atau maksimum RM1,000,” katanya.

Menurutnya, pembida juga akan dimaklumka­n mengenai syarat dan peraturan digariskan untuk acara lelongan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia