Utusan Borneo (Sabah)

Anak gajah mangsa jerat dilaporkan mati

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Seekor anak gajah betina yang cedera akibat terkena jerat dilaporkan mati kira-kira jam 6.15 petang Selasa lepas.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata, selepas menjalani pembedahan pemotongan kaki pada 20 Jun lepas, keadaan anak gajah terbabit menunjukka­n perkembang­an yang sangat baik.

Bagaimanap­un katanya, sehari selepas itu keadaannya agak lemah dan tertekan sebelum diberikan rawatan dan ubat hingga anak gajah itu menunjukka­n tindak balas baik.

“Namun pada sebelah petang, anak gajah itu dilaporkan rebah dan walaupun ia cuba untuk bangun tetapi rebah semula sebelum disahkan mati kira-kira jam 6.15 petang.

“Doktor veterinar yang merawat anak gajah terbabit mengesahka­n kematianny­a,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian anak gajah itu berpunca dari kegagalan organ-organ penting seperti jantung, paruparu serta pendarahan pada saluran pemakanan termasuk perut dan usus.

Menurutnya, kegagalan organ dan pendarahan terbabit akibat daripada jangkitan pada luka yang dialaminya sejak terkena jerat.

“Walaupun pegawai veterinar berusaha sebaik mungkin untuk merawatnya, namun saya sangat sedih keadaan anak gajah itu akhirnya mati.

“Saya berharap kecederaan dan kematian sebegini tidak berulang pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Jafry turut menyeru kepada semua lapisan masyarakat di Sabah untuk sama-sama berusaha membendung pemasangan jerat yang sememangny­a menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, ia bagi mengelakka­n kecederaan dan kematian kepada hidupan liar terutamany­a yang terancam seperti gajah.

Pada Sabtu lepas, Jabatan Hidupan Liar menerima laporan berhubung kejadian seekor anak gajah betina mengalami kecederaan teruk di kaki akibat terkena jerat.

Kejadian terbabit berlaku di Tungku Lahad Datu akibat tindakan pihak yang tidak bertanggun­gjawab memasang jerat di kawasan berkenaan.

 ?? ?? DIRAWAT: Anak gajah yang ditemukan cedera akibat terkena jerat ketika dirawat untuk pembedahan.
DIRAWAT: Anak gajah yang ditemukan cedera akibat terkena jerat ketika dirawat untuk pembedahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia