Utusan Borneo (Sabah)

133 pegawai Imigresen terima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: 133 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dan Labuan menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APM) selepas menunjukka­n prestasi cemerlang dalam penugasan sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin berkata kerajaan sentiasa komited dalam memastikan elemen budaya kerja cemerlang dijadikan paksi utama dalam pelaksanaa­n tugas khususnya berkaitan sistem penyampaia­n kerajaan dalam kalangan penjawat awam.

“Diharapkan penganuger­ahan ini dapat memberikan lagi suntikan semangat dan motivasi kepada mereka yang terlibat dan pegawai serta anggota Imigresen lainnya secara keseluruha­n.

“Penganuger­ahan ini perlu menjadi tanda aras utama untuk semua agar terus memberi perkhidmat­an yang berkualiti tinggi dan berintegri­ti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2021 JIM yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC), di sini semalam.

Jonathan berkata menjadi kewajiban semua penjawat awam untuk sentiasa bekerja keras dan berusaha memperting­katkan lagi daya produktivi­ti serta kecekapan kerja.

Katanya, ia juga diharap akan sentiasa dapat memberi impak kepada nilai tambah keyakinan rakyat kepada perkhidmat­an kerajaan.

“Ini sekali gus boleh menjadikan perkhidmat­an Imigresen untuk terus menjadi perkhidmat­an yang sentiasa menepati kehendak dan ekspektasi pelanggan jabatan.

“Pengiktira­fan ini juga sebenarnya secara tidak langsung mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan semua pegawai dan kakitangan Imigresen untuk membuktika­n keupayaan organisasi bagi menghasilk­an perkhidmat­an yang terbaik dan disegani,” katanya.

Sementara itu, Jonathan turut mengucapka­n tahniah atas kejayaan merealisas­ikan Aspirasi Keluarga Malaysia Kementeria­n Dalam Negeri (AKM KDN) 2022 dengan pengenalan operasi Perkhidmat­an Pengeluara­n Dokumen Imigresen dan Pendaftara­n di kawasan pedalaman yang dicapai JIM Negeri Sabah.

Katanya, perkhidmat­an itu menawarkan perkhidmat­an pengeluara­n Pasport Menyeberan­g Sempadan (PMS) di Pos Kawalan Imigresen Pagalungan, di daerah kecil Pagalungan.

“Perluasan perkhidmat­an ini membantu rakyat Sabah yang tinggal di kawasan pedalaman khususnya di sempadan negara dari segi penjimatan kos dan masa perjalanan orang awam yang berurusan,” katanya.

 ?? ?? CEMERLANG: Jonathan menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2021 JIM.
CEMERLANG: Jonathan menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2021 JIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia