Utusan Borneo (Sabah)

Beberapa kawasan di Melaka Tengah dilanda banjir kilat

-

MELAKA: Beberapa kawasan di Melaka Tengah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak 6.30 pagi tadi menyebabka­n air dari sungai dan parit melimpah ke rumah penduduk di kawasan rendah.

Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dalam kenyataan memaklumka­n antara kawasan terjejas Taman Rambai Indah, Taman Rambai Utama, Taman Rambai Jaya dan Tanjung Minyak.

“Selain itu, kawasan lain yang turut dilanda banjir kilat ialah Kampung Pengkalan Rama Pantai, Rumah Awam Pantai Peringgit, Taman Desa Molek dan Kampung Padang Bukit Lintang.

“Bagaimanap­un, setakat jam 8 pagi tiada pusat pemindahan dibuka,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menyelamat­kan enam sekeluarga termasuk seorang pesakit kanser yang terlantar sakit selepas rumah mereka di Jalan Bukit Senjuang dinaiki air.

Jurucakap JBPM Melaka berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kirakira 7 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu dikerah di lokasi.

“Kesemua mangsa telah dibawa keluar dan ditempatka­n di rumah jiran yang berhampira­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia