Utusan Borneo (Sabah)

Singapura mahu terus perkukuh hubungan dengan Malaysia: PM Lee

-

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berharap untuk membina hubungan lebih kukuh antara republik itu dan Malaysia, termasuk dengan negeri Perak.

Beliau berkata demikian dalam kemas kini Facebookny­a mengenai pertemuann­ya dengan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah.

Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak kini dalam rangka lawatan empat hari ke Singapura bermula Selasa atas undangan Lee.

“Gembira kami dapat bertemusec­arabersemu­ka lagi kerana sempadan telah dibuka semula. Kami membincang­kanperkemb­angan serantau dan mengenai bidang kerjasama yang boleh diperkukuh­kan lagi antara Singapura dan Perak,” tulis Lee.

Lee turut memuat naik gambar beliau dan Sultan Nazrin.

Turut serta dalam pertemuan itu Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishn­an.

Menurut Kementeria­n Luar Singapura, Sultan Nazrin akan mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri Singapura termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamata­n Negara Teo Chee Hean dan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia