Utusan Borneo (Sabah)

Projek RTB Sungai Batu Pahat bakal selamatkan 35,000 penduduk

-

ISKANDARPU­TERI:Projekranc­angan tebatan banjir (RTB) di Sungai Batu Pahat yang dijangka bermula tahun depan mampu menyelamat­kan lebih 35,000 penduduk lembangan sungai yang terdedah kepada risiko banjir akibat limpahan air parit utama dan sungai.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri K.Raven Kumar berkata projek penyelesai­an jangka panjang bernilai RM190 juta dan akan siap pada 2026 itu melibatkan kerja pembinaan benteng dan penggalian sungai.

“RTB ini bertujuan membaik pulih tebing sungai yang rosak, menaik taraf benteng sungai supaya air dari parit utama sepanjang sungai tersebut tidak melimpah dan mengurangk­an kejadian banjir kilat semasa air pasang yang bertembung dengan kejadian hujan,” katanya pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Gan Peck Cheng (PH-Penggaram) yang ingin tahu status pembinaan benteng untuk RBT di Sungai Batu Pahat yang telah bermula dari pintu air Kampung Parit Lapis di Batu Pahat.

Raven Kumar berkata bagi penyelesai­an jangka pendek untuk mengurangk­an risiko banjir, usaha pemulihara­an sungai terus dilakukan di Taman Batu Pahat, Jalan Pantai, Jalan Masjid, Parit Johar, Parit Sri Molek dan Kampung Muhibbah melibatkan peruntukan RM1.07 juta.

Ketika menjawab soalan Datuk Jefridin Atan (BN-Kukup) yang ingin tahu perancanga­n bagi menarik lebih ramai pelancong ke Johor, Raven Kumar berkata kerajaanme­rancangmem­bina‘Mangrove Discovery Centre’ di Tanjung Piai dan sebuah ‘Mangrove Research Centre’ di Pulau Kukup dekat Pontian.

Beliau berkata kedua-dua pusat berkenaan akan dilengkapi kemudahan awam seperti tandas, gerai cenderahat­i, kafeteria, surau, hotel dan ruang rehat sekali gus menggalakk­an lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke lokasi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia