Utusan Borneo (Sabah)

Pindaan Akta Persaingan 2010 agar undangunda­ng persaingan lebih komprehens­if: PM

-

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Persaingan 2010 adalah untuk memastikan undangunda­ng persaingan negara lebih komprehens­if dan selaras dengan amalan antarabang­sa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata akta itu yang kini dalam proses pindaan terutama berhubung pengenalan peruntukan rejim kawalan penggabung­an akan memberikan Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC) kuasa untuk menilai dan menyiasat transaksi penggabung­an yang berpotensi menyebabka­n penumpuan pasaran dan boleh menjurus kepada monopoli dalam pasaran.

“Kita semua tahu karenah monopoli yang sentiasa menimbulka­n keresahan dalam kalangan Keluarga Malaysia, lebih-lebih lagi apabila monopoli ini cuba terus-menerus mengganggu persaingan serta menghalang kemasukan pesaing kecil dalam pasaran.

“Pindaan terhadap Akta Persaingan dan Akta Suruhanjay­a Persaingan Malaysia ini akan memberi kuasa kepada MyCC untuk menangani isu persaingan yang lazim dalam landskap ekonomi yang sentiasa berubah dengan berkesan dan cekap,” katanya pada ucapan Persidanga­n Undang-undang Persaingan 2022 MyCC ketiga di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Ismail Sabri berkata kerajaan menyokong penuh usaha MyCC untuk memperkena­lkan rejim itu dalam memastikan ekonomi negara sentiasa rancak berkembang.

Mengenai Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital), Ismail Sabri berkata kerajaan memperakui peranan dan dasar undang-undang persaingan dalam mengawal selia pasaran digital termasuk aktiviti platform digital untuk melindungi pemain tempatan dan perusahaan kecil daripada sebarang kemungkina­n tingkah laku antipersai­ngan atau dibuli oleh pemain yang lebih besar dalam pasaran.

Beliau berkata MyCC dipertangg­ungjawabka­n untuk menyemak dasar sedia ada dan undang-undang persaingan untuk memudahkan pertumbuha­n ekonomi bagi merealisas­ikan pelan tindakan itu.

Perdana Menteri yang turut menyentuh mengenai isu kartel yang terbentuk melalui perjanjian sulit antara pesaing-pesaing dalam pasaran yang sama, berkata ia merupakan perlakuan paling serius di bawah Akta Persaingan 2010.

Katanya bagi isu kenaikan harga ayam, MyCC menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat isu kartel dalam industri berkenaan dan jika ia dapat dibuktikan, hukuman sewajarnya akan dikenakan demi Keluarga Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia