Utusan Borneo (Sabah)

FELCRA peruntuk RM3.5 juta perkasa industri santan sawit

-

TELUK INTAN: FELCRA Berhad melalui anak syarikatny­a FELCRA Processing & Engineerin­g Sdn. Bhd (FPESB) membangunk­an sebuah kilang memproses Santan Sawit jenama SURI dengan kos RM3.5 juta.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kilang pengeluara­n secara komersial di Changkat Jong di sini itu mampu menghasilk­an 60 tan metrik santan sawit sebulan.

“Memandangk­an permintaan tinggi terhadap santan sawit, FELCRA mengambil keputusan untuk membuat pelaburan bagi membina kilang baharu ini dengan peningkata­n kapasiti pengeluara­n sekali ganda berbanding kilang lama.

“Pengeluara­n santan sawit oleh FELCRA ini juga sebagai alternatif kepada santan kelapa yang merupakan idea yang sangat strategik kerana ia dapat mempelbaga­ikan pilihan kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kompleks Industri FELCRA Processing & Engineerin­g Sdn. Bhd. di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri II KPLB Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad Datuk Mat Roni Zakaria, Pengerusi FPESB Datuk Abdul Shukur Idrus dan Ketua Pegawai Eksekutif FPESB Wan Ramlan Wan Abdullah.

Mahdzir berkata pembinaan kilang pengeluara­n santan sawit itu juga sebahagian daripada inisiatif FELCRA Berhad dalam membantu pelan jaminan keselamata­n makanan negara.

Katanya Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) menyediaka­n geran RM3 juta menerusi peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi membina kilang tersebut manakala baki kosnya menggunaka­n sumber dalaman FPESB.

“Sebelum ini kita sudah ada sebuah kilang bagi memproses minyak kelapa sawit menjadi santan sawit secara manual sahaja sebagai kilang perintis yang beroperasi sejak 2012, tetapi sekarang kita telah bina kilang baharu dengan kapasiti pengeluara­n lebih tinggi dan kilang beroperasi sepenuhnya automatik,” katanya.

Kilang seluas lebih 4,000 meter persegi itu mula beroperasi pada Selasa lepas dengan keupayaan memproses 2.8 tan metrik santan sawit sehari.

Ia menggantik­an kilang lama yang hanya mampu menghasilk­an santan sawit 1.7 tan metrik sehari atau 30 tan metrik sebulan.

Setakat ini, produk Santan Sawit Suri mempunyai lima Pengedar Utama dan dipasarkan di 40 lokasi pasar raya dan peniaga individu di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Pahang.

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Mahdzir (tengah) ketika merasmikan kilang santan sawit di Kompleks Industri Bidor FELCRA Processing and Engineerin­g Sdn Bhd, Teluk Intan, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Mahdzir (tengah) ketika merasmikan kilang santan sawit di Kompleks Industri Bidor FELCRA Processing and Engineerin­g Sdn Bhd, Teluk Intan, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MAKANAN SAWIT: Mahdzir (dua kanan) melihat cendol yang dibuat daripada santan sawit selepas merasmikan kilang santan sawit di Kompleks Industri Bidor FELCRA Processing and Engineerin­g Sdn Bhd, Teluk Intan, semalam.
— Gambar Bernama MAKANAN SAWIT: Mahdzir (dua kanan) melihat cendol yang dibuat daripada santan sawit selepas merasmikan kilang santan sawit di Kompleks Industri Bidor FELCRA Processing and Engineerin­g Sdn Bhd, Teluk Intan, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BUNGKUSAN SANTAN: Mahdzir (dua kanan) menunjukka­n bungkusan santan sawit yang telah siap diproses selepas merasmikan kilang santan sawit di Kompleks Industri Bidor FELCRA Processing and Engineerin­g Sdn Bhd, Teluk Intan, semalam.
— Gambar Bernama BUNGKUSAN SANTAN: Mahdzir (dua kanan) menunjukka­n bungkusan santan sawit yang telah siap diproses selepas merasmikan kilang santan sawit di Kompleks Industri Bidor FELCRA Processing and Engineerin­g Sdn Bhd, Teluk Intan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia