Utusan Borneo (Sabah)

Perbadanan Labuan teliti status projek Outlet Bebas Cukai Premium

-

LABUAN: Perbadanan Labuan (LC) sedang meneliti status dan kemajuan projek Outlet Bebas Cukai Premium bernilai RM75 juta yang telah lama terbengkal­ai di pulau bebas cukai itu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif LC Rithuan Ismail berkata, pelbagai dokumen berkaitan projek tersebut sedang dikaji sebelum tindakan selanjutny­a boleh diambil.

“Selaku pihak berkuasa tempatan yang memiliki tanah projek, sudah tentu kami akan menegakkan hak kami dan melakukan sesuatu mengenai projek itu.

“Kami tidak akan membisu mengenai status projek memandangk­an ia melibatkan kepentinga­n awam,” katanya.

Projek kerjasama antara LC dan BVA Developmen­t Sdn Bhd itu dimulakan pada awal 2018 di kawasan seluas 2.7 hektar (12.5 ekar) berhampira­n Kelab Golf Antarabang­sa Labuan dan Universiti Malaysia Kampus Sabah namun telah dihentikan selepas beberapa bulan.

Projek tersebut dijadual siap dalam tempoh empat tahun (dari 2018) dan akan menawarkan produk mewah dan berjenama pada kadar hingga 30 peratus lebih murah berbanding outlet premium lain disebabkan status bebas cukainya.

Projek pembanguna­n bercampur itu dijangka mempunyai lebih 70 penyewa eksklusif yang menawarkan pelbagai barangan bebas cukai daripada produk tembakau hingga wain, minyak wangi, kosmetik dan pakaian berjenama.

Selaras dengan matlamat Pelan Pembanguna­n Labuan untuk mentransfo­rmasikan pulau itu menjadi destinasi pintar dan mampan, outlet premium itu juga akan menyediaka­n pelbagai kemudahan beli-belah pintar termasuk kemudahan aplikasi mudah alih, sistem perkhidmat­an penghantar­an pintar dan transit pintar yang semuanya dicipta untuk pengalaman membeli-belah baharu kepada orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia