Utusan Borneo (Sabah)

FAS sampaikan bakul makanan bantu golongan memerlukan

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Food Aid Sabah (FAS) sentiasa bersedia membantu golongan berkeperlu­an khas terutama yang memerlukan.

Baru-baru ini, Ahli Jawatankua­sa (AJK) FAS Kenny Tan mewakili pengerusi FAS Darren Liew, mengagihka­n bakul makanan kepada Ruwina Anuar yang menginap di pinggir bandar Kota Kinabalu.

Menurut Ruwina, akibat pandemik COVID-19 dan kenaikan ketara harga barangan keperluan harian sejak kebelakang­an ini, keluargany­a seramai tujuh orang hampir berdepan dilema kebuluran.

Jelasnya, walaupun suaminya bertungkus-lumus bekerja keras demi menampung kehidupan mereka, namun ia masih tidak mencukupi malah semakin menghimpit situasi kewangan.

Justeru Ruwina mengambil pendekatan menghubung­i FAS bagi mendapatka­n bantuan keperluan asas demi memastikan lima anaknya itu mempunyai makanan mencukupi sambil menyatakan kesyukuran terhadap FAS kerana mendapat respon positif.

Ruwina juga turut mengambil peluang untuk menyatakan berbanyak terima kasih kepada Pengerusi FAS Darren Liew kerana mengatur bakul makanan dalam masa singkat, dan juga kepada MTT Shipping Sdn Bhd atas sumbangan bakul makanan itu.

 ?? ?? RINGANKAN BEBAN: Kenny yang mewakili Darren menyerahka­n bakul makanan yang disumbang oleh MTT Shipping Sdn Bhd kepada Ruwina.
RINGANKAN BEBAN: Kenny yang mewakili Darren menyerahka­n bakul makanan yang disumbang oleh MTT Shipping Sdn Bhd kepada Ruwina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia