Utusan Borneo (Sabah)

UNIKL BAKAL DITUBUH DI SABAH

MARA sedang dalam proses perbincang­an dengan kerajaan negeri bagi penubuhann­ya, kata Azizah

- Oleh Kenneddy Corlleus

MATUNGGONG: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal menubuhkan kampus baharunya bagi cawangan Sabah.

Pengerusi MARA Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun berkata, UniKL sudah mempunyai 13 cawangan di seluruh negara dan kini masanya untuk mewujudkan sebuah cawangan bagi Sabah.

“Sudah tiba masanya di mana kami merasakan UniKL juga perlu wujud sebagai sebuah cawangan di Sabah kerana ia sudah wujud di semua negeri lain.

“Kini kita dalam sedang proses perbincang­an bersama pihak kerajaan negeri tentang usaha untuk mewujudkan UniKL cawangan Sabah ini dan untuk pengetahua­n semua, kita juga bercadang untuk mewujudkan kerjasama dengan Yayasan Sabah kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa hadir dalam Program Outreach MARA di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah MARA Sabah, Dr Shahrizin Abdul Sarhadat dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda serta para usahawan daripada Matunggong.

Menurutnya, MARA juga sedang menunggu kelulusan dari pihak Kementeria­n Kewangan Malaysia bagi mewujudkan Kolej Vokasional di daerah Beaufort.

“Kita akan bina kolej ini di Beaufort dan kini sedang menunggu beberapa perkara lagi di peringkat kementeria­n.

“Setelah selesai semua nanti, kita akan terus memulakan proses pembinaan Kolej Vokasional tersebut yang sudah pasti bakal memberi manfaat kepada anakanak muda kita yang bakal melanjutka­n pengajian mereka dalam bidang dan ilmu vokasional,” katanya.

Dalam pada itu, Azizah juga memberitah­u bahawa MARA ingin lebih ramai anak Sabah menerima manfaat dan peluang bagi melanjutka­n pengajian sehingga ke peringkat antarabang­sa.

“MARA ada tajaan yang mana kita sediakan untuk anak-anak yang berpeluang melanjutka­n pengajian mereka sehingga ke peringkat antarabang­sa.

“Kita mahu lebih ramai anak-anak Sabah guna peluang ini dan sambung pengajian mereka ke luar negara, sekali gus membanggak­an negeri dengan kejayaan mereka nanti,” jelasnya.

Azizah berkata, usaha bagi menaik taraf dan pemerkasaa­n usahawan di kawasan luar bandar adalah usaha berterusan dari pihak MARA dan semua usahawan digalakkan untuk aktif dengan aktiviti MARA.

“Ramai usahawan wanita kita ada potensi yang berada di luar bandar, mereka ada produk, ada keinginan dan ada kehendak untuk memajukan perniagaan mereka.

“Rebutlah peluang dan sertai semua program pemerkasaa­n kerana kita ada pembiayaan, kita menyampaik­an ilmu kepada mereka tentang perlunya pengetahua­n pendigital­an serta pensijilan serta banyak lagi,” katanya.

Tambahnya, MARA juga sedia untuk menjalinka­n kerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha bagi meningkatk­an mutu usahawan wanita di kawasan luar bandar.

“Kita yakin dengan norma baharu dalam urus niaga, amat penting untuk setiap usahawan itu mempunyai nilai tambah dan ilmu untuk memasarkan produk yang mereka hasilkan sehingga berjaya ke peringkat antarabang­sa.

“Pastinya ini akan menambah baik keadaan ekonomi keluarga mereka, menghasilk­an peluang pekerjaan baharu dan menjana keuntungan yang boleh dimanfaatk­an untuk komuniti setempat,” katanya.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Azizah (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama salah seorang usahawanit­a di Matunggong.
TERIMA KASIH: Azizah (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama salah seorang usahawanit­a di Matunggong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia