Utusan Borneo (Sabah)

Kereta terbabas langgar pokok

- Oleh Vivi Olviana Najurus

PENAMPANG: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas kereta dipandunya terbabas sendiri sebelum melanggar pokok berhampira­n Bulatan Jalan Towering di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zeno Tinggalan berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 2.37 petang.

“Bertindak dengan maklumat sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalanka­n operasi penyelamat­an.

“Kejadian membabitka­n sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas sendiri di bahu jalan sebelum melanggar pokok.

“Pemandu lelaki berumur 19 tahun mengalami kecederaan ringan sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudianny­a dihantar ke hospital bagi mendapatka­n rawatan selanjutny­a dan operasi keseluruha­n ditamatkan jam 3.02 petang.

 ?? ?? TERBABAS: Keadaan kenderaan mangsa selepas terbabas melanggar pokok.
TERBABAS: Keadaan kenderaan mangsa selepas terbabas melanggar pokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia