Utusan Borneo (Sabah)

EBusKK tawar tambang percuma selama enam bulan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Penduduk bandar raya ini kini boleh menikmati kemudahan perkhidmat­an bas elektrik yang pertama diwujudkan di Sabah.

Pengarah Eksekutif Qhazanah Sabah Berhad (QSB) Mohd Shukor Abdul Mumin berkata, perkhidmat­an itu merupakan projek pilot QSB dan secara percuma selama enam bulan pertama.

“Perkhidmat­an eBusKK ini kini beroperasi hanya dengan sebuah bas sahaja sebagai pendahulua­n dan laluanya hanya di sekitar bandar raya ini sehingga laluan di antara Sepanggar dan Menara Kinabalu,” katanya di sini semalam.

Majlis pelancaran itu disempurna­kan oleh Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

Shukor berkata, eBusKK akan beroperasi kapasiti penuh penumpang seramai 54 orang di laluan Sepanggar dari Isnin sehingga Khamis.

Katanya, perkhidmat­an eBusKK adalah satu usaha untuk menyokong sektor pelanconga­n di negeri ini pada masa hadapan.

Menurutnya, usaha dilakukan sebagai cara untuk mengurangk­an kesesakan lalu lintas dalam pusat bandar selain menyediaka­n pilihan pengangkut­an awam di bandar raya ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif QSB Ahmad Rizal Dahli ketika ditemui berkata, projek pilot itu adalah usaha untuk mendapatka­n maklum balas daripada pengguna sebelum meluaskan penggunaan perkhidmat­an itu di masa hadapan.

“Pada ketika ini, kita akan menggunaka­n laluan pertama selama satu sehingga dua bulan, kemudian kita akan mengubah lagi laluan kita, ke Putatan, Penampang dan sebagainya.

“Pada peringkat awal nanti, kita akan melihat untuk mengguna sebanyak lima sehingga 20 buah bas kerana untuk mendapatka­n sebuah bas ini sangat mahal,” katanya.

Beliau juga menjelaska­n kos untuk mewujudkan sebuah bas itu memakan belanja sekitar RM1.2 juta.

 ?? ?? KENANGAN: Shahelmey (tengah) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Shahelmey (tengah) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia