Utusan Borneo (Sabah)

Perhimpuna­n jalanan bukan penyelesai­an: Sultan Johor

-

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah perhimpuna­n jalanan seperti dicadangka­n seorang pemimpin DAP bukannya cara bertanggun­gjawab dalam mencari penyelesai­an yang membina.

Menerusi hantaran di Facebook, Sultan Ibrahim bertitah suara atau pandangan daripada pelbagai lapisan masyarakat sebaliknya boleh disampaika­n kepada kerajaan menerusi pelbagai forum lain.

“Tidak cukup peritkah pengajaran daripada demonstras­i yang menjadi detik hitam dalam sejarah negara kita seperti pada tahun 1969, dan tidak lama dahulu, perhimpuna­n Bersih? Ia tidak mencapai sebarang matlamat, selain mengakibat­kan kekecohan dan kerosakan. Ini bukan cara negara kita… tiada yang menang. Semuanya akan rugi.

“Kita tidak tahu berapa lama kita boleh pulih daripada kesan perhimpuna­n sebegitu. Undang-undang negara kita mesti dihormati. Janganlah buat kenyataan berbaur hasutan kerana ia tidak membantu, sedangkan ada banyak saluran yang lebih membina untuk menyuaraka­n pandangan,” titah baginda.

Baginda bertitah perhimpuna­n jalanan juga akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara, menakutkan pelabur asing dan merencatka­n pemulihan negara daripada pandemik COVID-19.

“Janganlah buat perhimpuna­n sebegini. Pertumbuha­n negara kita mesti dipupuk melalui dialog yang matang, bukan tindakan yang akan mengancam ketenteram­an awam dan keselamata­n negara,” titah baginda.

Rabu lepas, Anggota Jawatankua­sa Tertinggi Pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali dilaporkan mencadangk­an rakyat berhimpun beramai-ramai sebagai tanda protes susulan kenaikan kos sara hidup.

Sheikh Umar yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh dipetik sebagai berkata jika sejuta orang dapat dihimpunka­n di tengah Kuala Lumpur, mungkin barulah kerajaan akan membuka mata mengenai kesusahan rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia