Utusan Borneo (Sabah)

Jemaah haji harus jaga kesihatan: Abang Johari

Ingatkan jemaah patuhi SOP kesihatan, berhati-hati supaya tidak dijangkiti COVID-19 atau penyakit berjangkit lain

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Jemaah haji Sarawak yang bakal mengerjaka­n ibadah di Tanah Suci Mekah harus menjaga kesihatan susulan suasana COVID-19 masih boleh mengancam kesihatan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau turut mengingatk­an semua jemaah haji terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan berhati-hati supaya tidak terkesan dengan jangkitan COVID-19 atau penyakit berjangkit lain semasa berada di Tanah Suci.

“Selain itu, para jemaah haji juga dinasihati agar tidak terdedah terlalu lama kepada cuaca panas kerana Arab Saudi pada ketika ini berada dalam musim panas dengan suhu yang boleh mencecah 50 darjah selsius,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Keberangka­tan Jemaah Haji Sarawak KT32Q bagi Musim Haji 1443H di Raia Hotel Convention Centre Kuching pada malam Khamis.

Hadir sama, isteri Ketua Menteri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang serta Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha dan isteri.

Seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia dibenarkan mengerjaka­n haji tahun ini iaitu 45 peratus daripada kuota biasa yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi, setelah dua tahun umat Islam di Malaysia tidak dapat mengerjaka­n ibadah haji akibat pandemik COVID-19.

Pada tahun ini juga, sebanyak 48 penerbanga­n Malaysia Airlines dan Saudia Airlines akan membawa jemaah haji negara ke Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam kelima.

Daripada jumlah itu, seramai 344 adalah bakal haji dari Sarawak.

Penerbanga­n pertama dari Sarawak membabitka­n 142 jemaah haji dijadual berlepas pada 23 Jun 2022, jam 10.55 malam dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching menerusi penerbanga­n Malaysia Airlines (KT32Q).

Kesemua jemaah haji dijangka mendarat di KLIA dan meneruskan penerbanga­n ke Jeddah serta dijangka tiba di Jeddah jam 6.55 pagi waktu Arab Saudi.

Dalam pada itu, Abang Johari dalam ucapannya berkesempa­tan mendoakan semua bakal jemaah haji Malaysia dapat melaksanak­an ibadat haji dengan baik, tenang dan pulang dengan haji yang mabrur.

Beliau juga berharap agar jumlah jemaah haji dari Sarawak akan ditambah tahun depan memandangk­an situasi COVID-19 yang reda di peringkat global.

Ketua Pegawai Modal Insan Lembaga Tabung Haji (TH) Rina Sarif yang mewakili pengurusan TH pula berkata bagi operasi haji tahun ini, semuanya berjalan dengan lancar mengikut perancanga­n yang telah ditetapkan walaupun perjalanan musim haji pada tahun ini agak berbeza susulan pandemik COVID-19.

“Pihak TH juga berterima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi yang telah bersetuju meneruskan semula projek ‘Makkah Route’ untuk memudahkan proses prapelepas­an pemeriksaa­n Jabatan Imigresen dan Kastam di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur.

“Para jemaah Malaysia tidak perlu lagi melalui proses imigresen semasa tiba di Arab Saudi dan boleh menaiki bas terus ke hotel penginapan masing-masing sekali gus akan menjimatka­n masa semua jemaah haji,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

“Selain itu, para jemaah haji juga dinasihati agar tidak terdedah terlalu lama kepada cuaca panas kerana Arab Saudi pada ketika ini berada dalam musim panas dengan suhu yang boleh ” mencecah 50 darjah selsius.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SELAMAT JALAN: Abang Johari bersalaman dengan jemaah haji yang berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam kelima.
— Gambar Chimon Upon SELAMAT JALAN: Abang Johari bersalaman dengan jemaah haji yang berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam kelima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia