Utusan Borneo (Sabah)

Kecuaian, vandalisme punca kebakaran sampah meningkat

Sibu catat jumlah kes kebakaran sampah agak ketara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Punca kebakaran sampah yang dilaporkan meningkat di kawasan bandar dikaitkan dengan kecuaian manusia dan vandalisme.

Berdasarka­n laporan statistik yang dikeluarka­n Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu mencatatka­n jumlah kes kebakaran sampah yang agak ketara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua JBPM Zon 4 Sarawak Janggan Muling berkata, BBP Sibu merekodkan 41 kes kebakaran sampah, diikuti BBP Sarikei lapan kes, BBP Sungai Merah enam kes, BBP Bintangor empat kes, BBP Kapit dua kes manakala satu kes masing-masing dicatatkan BBP Kanowit, BBP Sibu Jaya dan BBP Tanjung Manis namun Song, Mukah, Selangau dan Daro tiada kes.

Katanya, kebanyakan kes kebakaran sampah yang dicatatkan lebih kerap berlaku di kawasan bandar.

“Seringkali kes kebakaran sampah didapati berlaku di kawasan bandar di mana orang awam akan memanggil pihak bomba untuk meminta bantuan khidmat pemadaman apabila api yang sukar dipadamkan sendiri.

“Hasil daripada siasatan pihak bomba, penyebab utama kebakaran sampah melibatkan tong sampah awam disebabkan perbuatan sengaja atau vandalisme seperti pembuangan puntung rokok secara tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Sementara itu Janggan memberitah­u, JBPM Zon 4 juga menerima 213 panggilan kecemasan kebakaran dalam tempoh enam bulan pertama sehingga 21 Jun.

“Jumlah itu meningkat sebanyak 12 peratus atau 58 kes berbanding 271 kes yang direkodkan pada tempoh sama tahun lepas,” katanya sambil menambah, 12 balai bomba diselia JBPM ZON 4.

Katanya, penurunan itu disebabkan kurangnya panggilan melibatkan kebakaran belukar atau rumput akibat cuaca yang tidak menentu walaupun dalam musim Monsun Barat Daya.

“Daripada 213 panggilan itu, BB Sibu mencatatka­n jumlah tertinggi iaitu sebanyak 69 panggilan, diikuti dengan BBP Sungai Merah 38, BBP Sarikei 28, BBP Mukah 21, BBP Sibu Jaya dan BBP Bintangor 11, BBP Daro 10, BBP Kapit dan BBP Tanjung Manis 8, BBP Selangau 6, BBP Song 2 dan BBP Kanowit hanya melibatkan satu kes kecemasan,” katanya.

Berdasarka­n statistik panggilan kebakaran yang melibatkan kebakaran struktur, BBP Sungai Merah merekodkan panggilan tertinggi iaitu 10 kes diikuti BBP Sibu dengan 9 kes, BBP Sarikei lima kes dan balai-balai selebihnya kurang daripada lima kes dalam tempoh setakat 21 Jun lalu.

Katanya, punca kebakaran struktur terutamany­a rumah kediaman didapati berpunca daripada kemalangan yang diklasifik­asikan sebagai kemalangan melibatkan dapur, litar pintas dan lain-lain serta kecuaian.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai lebih proaktif mengamalka­n sikap mencegah daripada menanggung kerugian disebabkan kebakaran.

“Statistik juga menunjukka­n kebakaran struktur atau rumah kediaman telah mengakibat­kan sebanyak tiga kematian dan dua kecederaan yang dilaporkan dalam tempoh sehingga Jun ini,” tambahnya.

“Seringkali kes kebakaran sampah didapati berlaku di kawasan bandar di mana orang awam akan memanggil pihak bomba untuk meminta bantuan khidmat pemadaman apabila api yang sukar dipadamkan sendiri.

Janggan Muling Ketua JBPM Zon 4 Sarawak

 ?? ?? BOLEH DIELAKKAN: Kebakaran sampah paling banyak berlaku di kawasan bandar Sibu.
BOLEH DIELAKKAN: Kebakaran sampah paling banyak berlaku di kawasan bandar Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia