Utusan Borneo (Sabah)

APM musnahkan sarang lebah di tingkat lima hotel

-

MIRI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya memusnahka­n sarang lebah yang berada di tingkat lima sebuah hotel terkemuka di sini, Rabu lalu.

Pegawai APM Miri Kapten (PA) Usman Harto berkata, pada mulanya APM menerima panggilan kecemasan mengenai sarang lebah tersebut kira-kira jam 12.26 tengah hari.

“Sepasukan empat anggota diketuai Sarjan (PA) Robert Joanes bergerak ke lokasi untuk memusnahka­n sarang itu pada jam 7.20 malam.

“Tiba di lokasi, pasukan terus berjumpa dengan pengadu lelaki berusia 56 tahun yang melihat sarang lebah bersarang di luar bilik hotel di tingkat lima,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Usman berkata setelah mendapat maklumat tersebut, pasukan bersama pengawal keselamata­n kemudianny­a meninjau ke lokasi dinyatakan pengadu.

“Sarang serangga jenis lebah itu berjaya dimusnahka­n dengan teknik sembur dan bakar menggunaka­n semburan racun serangga,” ujarnya.

 ?? ?? TUGAS KHAS: Anggota APM berjaya memusnahka­n sarang lebah yang berada di tingkat lima sebuah hotel di Miri, Rabu lalu.
TUGAS KHAS: Anggota APM berjaya memusnahka­n sarang lebah yang berada di tingkat lima sebuah hotel di Miri, Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia