Utusan Borneo (Sabah)

Gelabah sekatan JPJ, lelaki dirakam terburu-buru tanggal cermin gelap

-

LIMBANG: Perkongsia­n video gelagat seorang lelaki di sini yang terburu-buru menanggalk­an lapisan filem gelap pada cermin keretanya kerana menggelaba­h melihat ada sekatan jalan raya mencuit hati netizen.

Video berdurasi 24 saat itu yang tular dalam media sosial mendapat lebih 1,000 perkongsia­n dan sehingga kini ditonton 98,000 pengguna.

Malah gelagatnya yang kelam-kabut menanggalk­an lapisan filem gelap pada cermin keretanya itu turut membuatkan ramai ketawa melihatnya.

Menurut pemilik video terbabit, terdapat sekatan jalan raya oleh pihak Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di hadapan menyebabka­n rakannya cuak dengan situasi tersebut.

Lelaki itu kemudianny­a segera menurunkan cermin keretanya dan menanggalk­an kesemua lapisan filem gelap pada cermin.

Walaupun situasi itu kelihatan melucukan, pemandu kereta itu kelihatan sangat cuak dan sesekali memandang ke hadapan kerana bimbang tindakanny­a terbongkar.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat gelagat pemandu terbabit.

 ?? ?? LUCU: Gelagat lelaki yang menanggalk­an lapisan filem gelap pada cermin keretanya dalam kejadian di Limbang menjadi tular.
LUCU: Gelagat lelaki yang menanggalk­an lapisan filem gelap pada cermin keretanya dalam kejadian di Limbang menjadi tular.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia