Utusan Borneo (Sabah)

Tedung di bawah mesin basuh kejutkan penghuni

-

MIRI: Objek bergerakge­rak di bawah mesin basuh membawa kepada penemuan seekor ular di sebuah rumah di Kampung Wireless di sini, Rabu lalu.

Atas faktor keselamata­n, seorang lelaki berusia 36 tahun kemudianny­a menghubung­i Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri untuk meminta bantuan menangkap ular tersebut.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri Kapten (PA) Usman Harto berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai perkara tersebut kira-kira jam 8.23 malam.

“Sepasukan empat anggota APM diketuai Sarjan (PA) Robert Joanes bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.

“Tiba di lokasi, pasukan berjumpa dengan pengadu yang memberitah­u kehadiran ular itu disedari semasa dia dan rakannya duduk di luar pintu rumah apabila melibat objek yang bergerak di bawah mesin basuh,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Usman berkata, setelah mendapat maklumat tersebut, pasukan terus meninjau lokasi dan menemui ular bersembuny­i di bawah mesin basuh.

“Seekor ular tedung hitam sepanjang satu meter berjaya ditangkap dengan peralatan khas disediakan.

“Selesai tugas di lokasi, operasi tamat pada jam 8.42 malam dan ular itu dilepaskan ke habitat asalnya,” ujarnya.

 ?? ?? BERANI: Anggota APM berjaya menangkap seekor ular tedung hitam yang bersembuny­i di bawah mesin basuh.
BERANI: Anggota APM berjaya menangkap seekor ular tedung hitam yang bersembuny­i di bawah mesin basuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia