Utusan Borneo (Sabah)

Man City diambang tandatanga­ni Ortega

-

BERLIN: Juara Liga Perdana Manchester City kini di ambang menandatan­gani Stefan Ortega dari kelab Bundesliga, Arminia Bielefeld sebagai pemain sokongan untuk penjaga gol pilihan pertama Ederson, menurut laporan pada hari Khamis.

Majalah Kicker dan berita harian terlaris, Bild mengatakan bahawa pemain berusia 29 tahun itu akan menyertai Citizens dengan pemindahan percuma memandangk­an kontrak Bielefeldn­ya telah tamat tempoh.

Ortega merupakan salah seorang pemain terbaik Bielefeld musim lalu, mengekalka­n enam rekod bersih dalam 33 perlawanan liga walaupun kelab itu diturunkan divisyen selepas menamatkan saingan di tempat kedua tercorot dalam divisyen utama Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia