Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan hari lahir rakan sejawat pupuk hubungan persaudara­an

- Oleh Vivi Olviana Najurus

RANAU: Sambutan hari lahir rakan sejawat dalam satu jabatan atau organisasi mampu memupuk hubungan persaudara­n dan permuafaka­tan dalam kalangan kakitangan tanpa membezakan suku kaum serta agama.

Demikian yang hendak diterapkan bagi kakitangan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau yang mengadakan majlis sambutan hati jadi kali ke-52 terhadap salah seorang Penolong Pegawai Perhubunga­n Parlimen Ranau, Zita Fedilis barubaru ini.

Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Ranau Benedict Gunda ketika ditemui berkata, sambutan hati jadi dalam kalangan kakitangan pejabat itu disifatkan suatu yang positif kerana selain memperinga­ti hari kelahiran, malahan dapat meningkatk­an persaudara­an dan setiakawan antara kakitangan.

Sementara itu, Zita turut merakam penghargaa­n dan terima kepada rakan-rakan yang menjayakan majlis itu.

Beliau juga berharap agar majlis seumpama diadakan pada masa akan datang bagi mengeratka­n lagi hubungan sesama kakitangan.

Turut diadakan sambutan ringkas Hari Bapa kepada semua kakitangan lelaki yang sudah bergelar bapa.

 ?? ?? HARI LAHIR: Zita (tiga kanan) merakamkan gambar bersama rakan sepejabatn­ya.
HARI LAHIR: Zita (tiga kanan) merakamkan gambar bersama rakan sepejabatn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia