Utusan Borneo (Sabah)

Tiada lagi stigma negatif terhadap bekas banduan

-

KOTA KINABALU: Stigma negatif masyarakat kepada bekas penghuni penjara tidak lagi wujud.

Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, Rosliza Ishak berkata masyarakat hari ini tidak lagi melihat bekas penghuni penjara sebagai golongan yang disisihkan.

“Penerimaan bekas penghuni penjara ke dalam masyarakat dilihat begitu baik dan memberangs­angkan zaman ini.

“Malah, penglibata­n syarikat dan penerimaan industri kerja juga telah menunjukka­n impak positif melalui statistik dalam program pemulihan penjara,” katanya semasa berucap dalam Majlis Jalinan Kasih Sempena Hari raya, Pesta Kaamatan Dan Hari Ibu Bapa Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu.

Tambah Rosliza, jabatannya berharap agar masyarakat terus memberi sokongan kepada golongan terbabit.

“Kehadiran para tetamu hari ini turut membuktika­n sudah tidak wujud stigma negatif masyarakat kepada bekas penghuni penjara.

“Amat besar harapan Jabatan Penjara Malaysia agar sokongan seperti ini dari masyarakat akan berterusan dan tidak akan luntur sampai bila-bila,” ujarnya.

Majlis yang diadakan di Dewan Reflesia Sekolah Integriti Wanita, Penjara Wanita Kota Kinabalu itu dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan 1 Suria, Datuk Raya Erom.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Sabah, Datuk Katherine Lee Mee Oi.

 ?? ?? RAIKAN: Raya (tiga dari kiri) bersama Katherine (tengah) dalam acara memotong kek sempena majlis tersebut.
RAIKAN: Raya (tiga dari kiri) bersama Katherine (tengah) dalam acara memotong kek sempena majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia