Utusan Borneo (Sabah)

Modul baharu ILTP JPSM mampu lahir graduan cemerlang

-

KOTA KINABALU: Modul baharu di Institut Latihan Teknik dan Perdaganga­n (ILTP) Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) mampu membentuk insaniah belia yang cemerlang.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr. Arifin Arif berkata, modul tersebut merangkumi aspek integriti dan antirasuah yang mampu melahirkan komuniti berintegri­ti dan benci rasuah.

“Agenda ‘Sabah Maju Jaya’ yang menekankan modal insan dan kesejahter­aan rakyat adalah seiring dengan pembaharua­n JPSM dan institut di bawahnya melalui penambahan modul baharu dalam program mereka.

“Modul Integriti dan Anti Rasuah adalah subjek yang mampu melahirkan komuniti berintegri­ti dan benci rasuah, modul ini merupakan jalinan kerjasama strategik dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Selain itu, JPSM juga telah memeterai memorandum persefaham­an dan menjalinka­n kerjasama strategik dengan Institut Pengajian Islam dan Dakwah (IPDAS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Sabah dengan mewujudkan Modul Asas Pengajian Islam sebagai subjek tambahan di ILTP.

“Modul tersebut mampu membangunk­an insaniah dalam kalangan belia yang bukan sahaja berpengeta­huan dan berkemahir­an, tetapi juga mempunyai pegangan untuk sahsiah diri dan kerohanian yang tinggi,” katanya ketika ditemui media sempena Majlis Konvokesye­n JPSM siri 1/2022 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah pada Khamis.

Terdahulu, Arfin menyampaik­an sijil kemahiran kepada 131 graduan yang menamatkan pengajian di ILTP terdiri daripada pelbagai bidang antaranya Penjaga Jentera Elektrik, Pemasangan Dan Penyelengg­araan Elektrik, Peralatan Penyaman Udara (HVAC), Jurukimpal Arka Logam Berperisai, Teknologi Kimpalan, dan Jurukecant­ikan Dan Dandanan Rambut.

Justeru, Arifin turut menyeru kepada golongan muda lepasan SPM dan seumpamany­a agar mengambil peluang yang tersedia demi meningkatk­an diri dan membentuk kemahiran untuk terus maju dalam bidang ekonomi seterusnya membantu keluarga.

Turut hadir Pengarah JPSM, Tianinum Iping, Timbalan Setiausaha Tetap 1 Kementeria­n Sains, Teknologi Dan Inovasi, Maria Chong, Timbalan Pengarah JPSM Negeri Sabah, Dayang Norsiah Awang Duraman dan Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) Wilayah Sabah, Teknologis Mohd Azmi Pelah.

Dalam pada itu, penerima anugerah sebagai Pelatih Terbaik Program Jurukecant­ikan dan Dandanan Rambut, Carnivalyn Ann Arbah, 33, dari Sandakan, meluahkan rasa gembira atas pencapaian­nya dan menyeru agar golongan belia mengambil peluang belajar selagi mampu.

Manakala, Pelatih Terbaik Jurukimpal Arka, Ethonrobie Jopiling, 20, berasal dari Kudat, pula mengatakan pengalaman­nya menimba ilmu di ILTP sangat berbaloi dan menyeru kepada belia yang mendapat keputusan kurang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar memohon belajar kemahiran bagi memudahkan mereka mencari pekerjaan.

 ?? ?? TAHNIAH: Arifin (kanan) menyampaik­an sijil tamat latihan kepada graduan.
TAHNIAH: Arifin (kanan) menyampaik­an sijil tamat latihan kepada graduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia