Utusan Borneo (Sabah)

Banjir kilat: Jawatankua­sa khas wakil rakyat, pembangkan­g ditubuh

-

MELAKA: Kerajaan negeri akan membentuk satu jawatankua­sa khas di setiap daerah yang akan dianggotai setiap wakil rakyat kerajaan dan pembangkan­g serta jabatan berkaitan untuk ‘duduk semeja’ bersama menangani isu banjir kilat yang kerap melanda di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, setakat ini lebih 20 kawasan dikenal pasti kerap berlaku banjir kilat apabila hujan lebat dan ia dipercayai berpunca daripada masalah perparitan.

“Seperti semalam (kelmarin) banjir yang berlaku, bukanlah banjir termenung sehingga tiga atau empat hari tetapi limpahan air yang tidak dapat mengalir. Keadaan pulih selepas beberapa jam selain terdapat kawasan yang berulang kali berlaku masalah sebegini pada tahun ini.

“Jadi semalam (kelmarin) kami telah berbincang mengenai perkara ini bagi membolehka­n semua pihak memberikan cadangan untuk sama-sama menyelesai­kan masalah banjir kilat di kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang turut diiringi Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem dan Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka Norena Jaafar.

Mengulas lanjut Sulaiman berkata setakat ini semua kerja-kerja naik taraf seperti menyelengg­ara dan menambah baik saliran perparitan sedang dilaksanak­an termasuk kawasan kerap berlaku banjir kilat.

“Beberapa kawasan selalu berlaku banjir dulu, seperti di Jasin juga semakin baik dengan kerjakerja penambaika­n dibuat agar penduduk tidak berdepan lagi masalah ini.

“Ada projek-projek sedang dalam pelaksanaa­n, ada yang di peringkat tender dan insya-Allah jika penambahba­ikan ini dijalankan kita dapat mengurangk­an isu banjir ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Sulaiman berkata pelaksanaa­n ibadah korban tahun ini boleh dilaksanak­an tanpa ada sebarang halangan dan syarat khusus seperti tahun sebelumnya yang disebabkan prosedur operasi standard (SOP) ketat ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ini jelasnya termasukla­h tiada had bilangan haiwan korban yang ditetapkan dalam satu-satu masa berbanding sebelum ini.

“Namun semua yang melaksanak­an ibadah itu perlu mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia