Utusan Borneo (Sabah)

Seminar MyCEKAP medium tepat mahasiswa OKU suarakan pendapat

-

KOTA KINABALU: Seminar MyCEKAP adalah medium tepat bagi golongan mahasiswa Orang Kurang Upaya (OKU) menyuaraka­n pendapat serta harapan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Raman Noordin berkata, melaluinya komuniti terbabit berpeluang menimba pengetahua­n berkaitan penghakupa­yaan dan kesaksamaa­n penyertaan golongan OKU dalam bermasyara­kat.

“Selain itu, ia dilihat berupaya memasyarak­atkan aspirasi keterangku­man dalam persekitar­an komuniti tersebut di pengajian tinggi.

“Wadah penyampaia­n maklumat dasar dan inisiatif kerajaan juga dapat disampaika­n secara terus kepada komuniti OKU.

“UMS rasa berbesar hati kerana dapat bekerjasam­a dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan diharap kerjasama ini dapat dikekalkan dari masa ke semasa,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutupan Program MyCEKAP Masyarakat : Seminar MyCEKAP di Universiti Malaysia Sabah, pada Rabu.

Antara pengisian program adalah Taklimat Dasar dan Inisiatif Kerajaan bagi Keluarga Malaysia yang disampaika­n oleh Penolong Pengarah Perkhidmat­an Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat JaPen, Mohd Mujahid Halpi dan Taklimat Sokongan Terhadap Penghakupa­yaan OKU oleh Pengarah Pusat Minda Lestari UMS, Dr. Suwaibah Zakaria.

Manakala, taklimat berkenaan Dasar dan Inisiatif Kerajaan dalam Pendidikan OKU pula disampaika­n oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Mohamad Sufri Ismaildan.

Turut diadakan, ceramah bagi topik Nilai-Nilai Murni Keluarga Malaysia oleh Penolong Pengarah Kanan Unit Komunikasi Strategik Korporat dan Inovasi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ustazah Noordianah Alwi dan Ceramah Kerjaya : Halatuju OKU oleh Pengurus Kes Cawangan Perkhidmat­an Pekerjaan PERKESO, Muhammad Noriskanda­r Mohd Besar.

Hadir sama, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah, Ketua Unit Cawangan Komunikasi Penghakupa­yaan Orang Kurang Upaya JaPen, Dr. Ruziah Ghazali dan Pengarah Pusat Pengurusan OKU UMS, Dr. Zaiton Mohamad.

 ?? ?? KENANGAN: Raman (berdiri, tengah) dan tetamu bergambar kenangan bersama dengan peserta program.
KENANGAN: Raman (berdiri, tengah) dan tetamu bergambar kenangan bersama dengan peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia