Utusan Borneo (Sabah)

Suhaili tawar diri tanding Naib Yang Dipertua USIA

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTAKINABA­LU:Adjunct Profesor Dr Suhaili Riman mengesahka­n penerimaan pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada Perhimpuna­n Perwakuila­n Tahunan USIA Kali Ke 35.

Perhimpuna­n terbabit akan diadakan pada 24 sehingga 26 Jun depan bertempat di Dewan Utama Menara USIA 1Borneo, Jalan UMS Kota Kinabalu di sini.

Suhaili berkata, beliau akan membawa visi menyemarak­kan dakwah, menyantuni ahli-ahli USIA, umat Islam dan masyarakat Sabah.

“Dakwah mempunyai konsep yang luas tapi perlu fokus kepada ‘amar ma’ruf nahi mungkar’.

“Saya menyaranka­n pelbagai aktiviti dakwah seperti kelas fardu ain, fardu kifayah, ekonomi, sosial, sukan, dakwah jalanan, dakwah menggunaka­n media sosial, kesenian, nasyid dan mengimarah­kan masjid perlu diadakan.

“Aktiviti Pendidikan agama dan akademik seperti mengadakan kelas agama, kelas belajar Bahasa Arab, kelas Taufiq dan lain-lain yang berkaitan dengan Pendidikan turut diutamakan,” katanya.

Katanya, bagi menjayakan aktiviti dakwah dan pendidikan, perkongsia­n pintar hendaklah juga diadakan bersama agensi kerajaan negeri dan Persekutua­n seperti Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tambahnya, perkongsia­n pintar adalah penting untuk memastikan kejayaan dakwah itu.

Menurutnya, Pusat Latihan Dakwah USIA di Marasinsim Kota Marudu boleh digunakan sepenuhnya untuk mengadakan aktiviti dakwah sementara Pusat Kaunseling boleh dibuat di bangunan USIA Jalan Sembulan, Kota Kinabalu.

“Kita juga akan memberikan tumpuan untuk menyantuni ahli USIA dan umat Islam dengan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan terutama sekali mereka yang berada dalam senarai miskin tegar termasukla­h bantuan peralatan sekolah dan bantuan wang juga akan diberikan kepada anak-anak ahli USIA dalam golongan ini.

“Kedudukan kewangan dan ekonomi USIA haruslah diperkukuh­kan supaya mampu memberikan bantuan wang dan lain-lain kepada ahli-ahli USIA yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Suhaili menyatakan kelayakan akademik serta pengalaman luas yang dimiliki mampu membantu USIA menjayakan visi dakwah dan menyantuni ahli-ahli USIA.

Tambahnya, perkara itu ditambah dengan pengalaman­nya memegang jawatan seperti Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Badan Dakwah Kunak, Lahad Datu, Ranau, Semporna dan Beluran sebelum ini.

“Saya juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Islam di Kementeria­n Kewangan Sabah, Ahli Majlis Tertinggi MUIS selain menjadi Mento Felo Persatuan Graduan Sugut Beluran, Naib Presiden Persatuan Olahraga Amateur Sabah dan Exco Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA),” katanya.

Suhaili yang memiliki Ijazah Kedoktoran Falsafah Sains Politik kini menjadi Pensyarah Sambilan Universiti Teknologi Malaysia (UITM) dan Wilmington Metropolit­an University.

Beliau dilantik sebagai Adjunct Professor oleh Wilmington Metropolit­an University Delawave USA.

Beliau ingin menarik perhatian semua perwakilan dari seluruh Sabah supaya bijak memilih pemimpin yang berkuali, berkaliber, amanah dan bertanggun­gjawab.

 ?? ?? SUHAILI
SUHAILI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia