Utusan Borneo (Sabah)

UMS rai graduan pascasiswa­zah, penyelia dalam MAP 2021

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraikan graduan pascasiswa­zah dan penyelia dalam satu Majlis Anugerah Pascasiswa­zah (MAP) 2021, di sini, kelmarin.

Dianjurkan Pusat Pengajian Pascasiswa­zah dengan kerjasama Pusat Luar UMS (PLUMS), MAP diadakan bersempena Majlis Konvokesye­n UMS ke-23 pada 25 sehingga 27 Jun 2022.

Perasmiann­ya disempurna­kan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin di Auditorium, Pusat Pengajian Pascasiswa­zah UMS.

Dalam ucapannya Taufiq berkata, sejajar dengan dasar kerajaan yang lebih telus kepada kehendak dan aspirasi rakyat, semua institusi pengajian tinggi termasukla­h UMS disemarakk­an dengan budaya pendidikan berasaskan pemupukan rasa kecintaan dan pemerkasaa­n sikap hormat menghormat­i.

“Sedar atau tidak, segala yang saudara dan saudari lalui bukan semata-mata mengenai soal menamatkan pengajian lalu dikurniaka­n dengan segulung ijazah.

“Ia adalah suatu pengalaman tentang bagaimana mencapai kecemerlan­gan dan seterusnya menggapai kemenangan dalam perjuangan menuntut ilmu. Tanpa dedikasi dan disiplin serta

komitmen dan kesungguha­n tidak mungkin kejayaan ini dapat diperoleh,” katanya.

Ujar Taufiq, pengajian di peringkat pascasiswa­zah seharusnya mampu memperting­katkan lagi kualiti para pelajar.

“Saya yakin sebagai kumpulan pelajar matang, para pelajar pascasiswa­zah mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri dalam menamatkan pengajian masing-masing.

“Pandangan dan idea saudara dan saudari selepas ini akan tampak berbeza hasil daripada ilmu dan pengalaman yang diperoleh dari pengajian yang dilalui.

“Pastinya, kejayaan menerima segulung ijazah di pentas Konvokesye­n pada 25 Jun 2022 nanti disebabkan para pelajar mempunyai pelan pengajian yang sistematik, terarah dan berfokus.

“Selain itu, saudara dan saudari telah mengikuti segala bimbingan penyelia dengan baik. Segulung ijazah yang anda peroleh hari ini adalah milik anda dan keluarga, tahniah,” kata Taufiq.

Pada majlis itu, seramai 43 graduan dan penyelia telah menerima pelbagai anugerah yang ditawarkan.

Antaranya, Anugerah Aspirasi Pascasiswa­zah, Anugerah Pelajar Terbaik Sarjana Kerja Kursus mengikut Program, Anugerah Tesis Terbaik Sarjana (Sains), Anugerah Tesis Terbaik (Sastera), Anugerah Tesis Terbaik Doktor Falsafah (Sains), dan Anugerah Tesis Terbaik Doktor Falsafah (Sastera).

Turut disampaika­n ialah Anugerah Penyelia Terbaik (Sains), Anugerah Penyelia Terbaik (Sastera), Anugerah Pelajar Cemerlang Pascasiswa­zah (Secara Penyelidik­an) dan Anugerah Pelajar Cemerlang Pascasiswa­zah (Secara Kerja Kursus).

Dalam pada itu, graduan Fakulti Kejurutera­an, Dr. Chung Chin Hing dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Secara Penyelidik­an) dan turut dipilih memberi ucapan wakil graduan pada majlis anugerah berkenaan.

 ?? ?? KENANGAN: Graduan pascasiswa­zah 2021 dan penyelia mengambil gambar kenangan pada Majlis Anugerah Pascasiswa­zah. Turut kelihatan Taufiq (duduk, tengah).
KENANGAN: Graduan pascasiswa­zah 2021 dan penyelia mengambil gambar kenangan pada Majlis Anugerah Pascasiswa­zah. Turut kelihatan Taufiq (duduk, tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia