Utusan Borneo (Sabah)

MEDAC sasar tambah 500 lagi Coopmart

-

KOTA BHARU: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) menyasarka­n untuk menambah lebih 500 Coopmart bagi membolehka­n barangan lebih murah dijual kepada ahli koperasi dan orang ramai.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Muslimin Yahaya berkata ketika ini terdapat kira-kira 400 Coopmart yang sedang beroperasi di seluruh negara.

“Koperasi sangat signifikan dengan Coopmart kerana menjual barangan pada harga lebih rendah daripada pasaran biasa.

“Kita sasarkan koperasi yang ada kemampuan untuk kita bina rangkaian kedai Coopmart seterusnya menawarkan kepada ahli dan rakyat harga lebih murah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2022 Peringkat Negeri Kelantan di sini semalam.

Perasmian itu dilakukan Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Perindustr­ian, Perdaganga­n, Pelaburan dan Pembanguna­n Usahawan Kelantan Saiful Adli Abu Bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia