Utusan Borneo (Sabah)

Banteras kesesakan di penjara: Katherine

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Isu kesesakan di penjara perlu diselesaik­an dengan pelaksanaa­n beberapa usaha melalui kerjasama agensi berkaitan berikutan penjara di Sabah mencatatka­n kesesakan lebih 60 peratus daripada kapasiti ditetapkan.

Kapasiti penjara Kota Kinabalu boleh memuatkan 1,500 banduan bagaimanap­un terdapat kira-kira 3,000 banduan buat masa ini dan isu kesesakan turut direkodkan di Penjara Tawau dan Sandakan.

Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat Penjara Sabah (LHP) Datuk Katherine Lee berkata, sejak 2020 Jabatan Penjara mula membebaska­n banduan tempatan yang berkelakua­n baik dengan baki tiga bulan hukuman untuk dibebaskan mengikut Seksyen 43 Akta Penjara 1995.

“Tindakan ini adalah salah satu strategi yang baik untuk memerangi kesesakan, bagaimanap­un terdapat keperluan rumah transit untuk menempatka­n banduan tempatan yang dibebaskan terutama bagi yang tidak mempunyai rumah dan keluarga sepanjang tempoh membantu mereka berintegra­si semula ke dalam komuniti.

“LHP menghargai usaha Kerajaan Negeri untuk membantu merintis permulaan program terbabit sekurangku­rangnya sebagai projek titik mula bagi sebahagian daripada perkhidmat­an kepada Sabah.

“Bantuan dari segi peruntukka­n beberapa bangunan atau kawasan terbiar untuk penubuhan rumah transit sangat diharapkan bagi memastikan nasib banduan dibebaskan terpelihar­a,” katanya.

Tambahnya, LHP dengan kerjasama Jabatan Penjara Negeri Sabah menggalakk­an sektor perniagaan awam untuk memainkan peranan penting dalam membantu memenuhi objektif ini.

“Dengan sokongan Kerajaan Negeri dan sektor perniagaan awam, LHP dapat bekerjasam­a dengan Majlis Keadilan Restoratif Sabah (CRJS) melalui penaungnya Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bagi menubuhkan rumah dan pelaksanaa­n program.

“Ianya membantu penghuni yang dibebaskan memulakan kehidupan baharu selain menyediaka­n pekerjaan seterusnya mewujudkan pekerja terlatih kepada Sabah,” katanya.

Dalam pada itu katanya, LHP turut memainkan peranan penting bagi pembebasan banduan melalui pemilihan faktor tingkah laku yang baik dan bagi banduan berumur 60 tahun ke atas.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam Majlis Jalinan Kasih bagi Penjara Wanita di sini.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Kasih, Datuk Seri Panglima Raya Erom dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Penjara Wanita Kota Kinabalu, Rosliza Ishak.

Beliau berkata, majlis jalinan kasih bukan sahaja mengeratka­n hubungan kekeluarga­an semasa pertemuan bersemuka dengan keluarga malah usaha ini mampu mengingatk­an banduan bahawa masih ada orang di luar sana yang menyayangi dan mengambil berat terhadap mereka walaupun dipenjarak­an.

“Program ini juga amat bermakna kepada banduan dan berpeluang bertemu serta berpelukan dengan ahli keluarga yang lama tidak ditemui.

“Pemilihan program terarah kepada penghuni yang mempunyai baki hukuman sekurang-kurangnya tiga tahun atau kurang dan mempunyai rekod serta kelakuan baik dalam tempoh enam bulan terakhir sebelum pemilihan,” katanya.

Tambahnya, Jabatan Penjara juga melakukan program pemulihan dengan memberi peluang kepada banduan untuk meneruskan pengajian serta pendedahan kemahiran seperti memasak, membuat pastri, menjahit, muzik dan seni dan pertukanga­n kayu, pembinaan, pemasangan batu bata, kerja simen, kimpalan kepada banduan lelaki yang boleh membantu mereka menyara kehidupan apabila dibebaskan selepas menjalani hukuman.

 ?? ?? KENANGAN: Katherine (lapan kanan) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan sempena Majlis Jalinan Kasih Penjara Wanita.
KENANGAN: Katherine (lapan kanan) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan sempena Majlis Jalinan Kasih Penjara Wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia