Utusan Borneo (Sabah)

Sabah rekod 192 kes baharu COVID-19

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Angka jangkitan harian bagi COVID-19 di Sabah terus meningkat bagi hari yang kelima dengan 192 kes baharu semalam iaitu 22 kes lebih tinggi daripada angka jangkitan hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, dalam tempoh lima hari, angka jangkitan harian melonjak daripada 76 kes kepada 192 kes.

“Catatan angka jangkitan harian yang tinggi di Sabah banyak dipengaruh­i oleh jumlah kes yang semakin bertambah di kawasan pusat bandar utama yang padat penduduk seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Sandakan.

“Ibu negeri bertambah 11 kes menjadikan 63 kes keseluruha­n, manakala jumlah jangkitan di Penampang melonjak naik daripada 29 kes kepada 59 kes iaitu pertambaha­n 30 kes,” katanya.

Beliau berkata secara keseluruha­nnya lebih banyak daerah merekodkan penurunan kes baharu daripada yang merekod pertambaha­n.

“Sebanyak 12 daerah mencatatka­n kes harian yang berkuranga­n berbanding hanya lapan daerah yang mencatatka­n peningkata­n kes.

“Jumlah daerah yang tidak merekodkan sebarang jangkitan harian baharu bertambah daripada sembilan daerah pada hari sebelumnya kepada 12 daerah semalam.

“Pada masa sama, jumlah daerah yang mencatatka­n kes harian baharu juga berkurang daripada 18 kepada 15 daerah,” katanya.

Tambahnya, empat daerah merekodkan kes dua angka dan 11 daerah merekodkan kes satu angka sahaja.

Sementara itu katanya, 186 daripada 192 kes yang direkodkan semalam adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3, tiga kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.

 ?? ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia