Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin kerajaan, pentadbir sekolah diminta tingkat kerjasama

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KUDAT: Pemimpin kerajaan dan pentadbir sekolah terutamany­a di Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong diharap dapat memperting­katkan lagi kerjasama bagi membantu memperkasa inspirasi pencapaian akademik anak-anak di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Datuk Julita Majungki berkata, usaha ini juga adalah teras pertama perjuangan­nya selaku wakil rakyat di kawasan ini.

Beliau juga menyatakan rasa bangga, bersyukur serta berterima kasih kepada pentadbir sekolah yang juga berperanan sebagai cikgu kepada anakanak Matunggong kerana menunjukka­n komited tinggi dalam menjalanka­n tugas dan amanah yang dipertangg­ungjawabka­n.

“Saya sangat menghormat­i cikgu dan golongan pendidik ini patut dihormati kerana tanpa mereka, siapalah kita pada hari ini.

“Saya berharap pertemuan seperti ini dapat mengeratka­n lagi hubungan yang sedia terjalin dan mereka semua dapat terus bekerjasam­a dalam hal yang berkaitan dengan bidang pendidikan,” katanya pada Program Profession­al Learning Community (PLC) SMK/KV Zon Matunggong di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut gembira dengan pencapaian empat buah sekolah menengah di Matunggong yang mengekalka­n pencapaian baik dalam kalangan pelajar SPM.

“Pada tahun 2021, bilangan pelajar cemerlang yang mencapai sekurang-kurangnya 5A dan ke atas adalah seramai 61 orang pelajar,” katanya.

 ?? ?? KENANGAN: Julita (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan dengan tetamu yang hadir dalam program berkenaan.
KENANGAN: Julita (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan dengan tetamu yang hadir dalam program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia