Utusan Borneo (Sabah)

Perlawanan Amal empat Penjuru bantu Junaidi Tuah

-

LABUAN: Fans Club empat pasukan Liga Perdana Inggeris di Wilayah Persekutua­n Labuan bergabung tenaga menjayakan Perlawanan Amal empat Penjuru yang diadakan di Padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan, pada malam Khamis lalu.

Perlawanan itu diadakan untuk membantu menampung kos rawatan Junaidi Tuah yang merupakan bekas pemain bola sepak yang pernah menyarung jersi Sabah dan Labuan di era 80-an dan 90-an.

Penyelaras perlawanan, Dul Alias berkata perlawanan itu diadakan untuk mengisi

Tabung Junaidi Tuah yang memerlukan bantuan kewangan bagi kos rawatan pemulihan.

Katanya, perlawanan itu dianjurkan bersama Fans Club Liverpool, Manchester United, Arsenal dan Chelsea atas semangat setiakawan.

Pada perlawanan itu, pasukan Fans Club Liverpool sukar digugat selepas mengecewak­an Fans Club Manchester United 2 – 1 dan Fans Club Arsenal 2 – 0 pada perlawanan pertama.

Pasukan Fans Club Manchester United pula menang tipis ke atas Fans Club Chelsea 3 – 2.

Dalam perlawanan lain, Chelsea mengecewak­an Arsenal 4 – 1.

Turut menyaksika­n perlawanan itu ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA), Sophian Said dan legenda bola sepak Malaysia, Datuk Hassan Sani.

Selepas perlawanan itu, Sophian menerima sumbangan daripada pemain keempat-empat pasukan tersebut.

Sophian berharap sumbangan tersebut dapat meringanka­n beban Junaidi yang masih memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan dan peminat bola sepak.

Katanya, sumbangan boleh diserahkan kepada Junaidi di kediamanny­a di Kampung Bukit Kuda Wilayah Persekutua­n Labuan atau disalurkan terus ke akaun Maybank 1661253804­04 Junaidi Tuah.

“Bagi pihak LAFA, saya mengucapka­n terima kasih kepada pihak penganjur dan pemain yang mengambil inisiatif mengadakan perlawanan amal itu untuk membantu meringanka­n beban kewangan Junaidi Tuah menampung kos rawatan perubatan kesihatan beliau,”katanya selepas perlawanan itu.

 ?? ?? KENANGAN: Pemain keempat-empat pasukan bergambar kenangan selepas Perlawanan Amal 4 Penjuru di Padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan.
KENANGAN: Pemain keempat-empat pasukan bergambar kenangan selepas Perlawanan Amal 4 Penjuru di Padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia