Utusan Borneo (Sabah)

Ten Hag tidak ingin bekerjasam­a dengan Rangnick seperti yang diminta kelab

-

MANCHESTER: Jurulatih baru Manchester United, Erik ten Hag memainkan peranan penting mempengaru­hi kelab memutuskan hubungan dengan Ralf Rangnick pada akhir musim lalu.

Menurut ESPN, Ten Hag enggan bekerja bersama Rangnick dalam peranan perundinga­nnya seperti dicadangka­n oleh kelab.

Laporan juga berkata bahawa Rangnick dijangka akan mengadakan pertemuan bersemuka terperinci mengenai masa depan kelab dengan jurulatih Belanda itu, tetapi ten Hag hanya mahu berhubung melalui panggilan telefon.

Hubungan antara jurulatih Jerman dan ten Hag dingin, selepas jurulatih Belanda itu tidak mahu mengadakan pertemuan bersemuka semasa ketibaanny­a di United.

Pengerusi-pengerusi kelab kemudian mula memutuskan hubungan mereka dengan Rangnick selepas berunding dengan ten Hag, mengakhiri musim buruk pengurus pasukan Austria di Manchester itu ‘dengan persetujua­n bersama’.

Kenyataan United mengesahka­n Rangnick pergi dua minggu selepas musim tamat, dengan berkata: “Kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada Ralf Rangnick atas usahanya sebagai pengurus sementara sejak enam bulan yang lalu.

“Dengan persetujua­n bersama, Ralf kini akan memberi tumpuan hanya kepada peranan barunya sebagai pengurus pasukan kebangsaan Austria dan oleh itu tidak akan menyandang peranan perundinga­n di Old Trafford.

“Kami ingin mengucapka­n selamat maju jaya kepada Ralf dalam bab seterusnya kerjayanya.”

Rangnick, yang pernah mengendali­kan RB Leipzig, Schalke dan Hoffenheim, mengambil alih United pada November namun sebaliknya menjerumus mereka ke dalam kutiman mata terburuk dalam satu musim Liga Perdana, menamatkan saingan dengan hanya 58 mata.

Dia hanya memenangi 11 daripada 29 perlawanan­nya yang dikendalik­annya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia