Utusan Borneo (Sabah)

Perlis negeri terawal laksana ANMS dengan cemerlang: Khairy

-

KANGAR: Perlis menjadi negeri terawal berjaya melaksana Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dengan cemerlang dan boleh dijadikan sebagai ikutan, kata Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ANMS telah bermula di negeri itu menerusi visi yang dibawa Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l, menerusi program kayuhan basikal dan tranfomasi Kampung Seberang Ramai, di Kuala Perlis.

“Kalau ingin melihat perlaksana­n ANMS yang berjaya, kita tidak perlu pandang jauh kerana semua telah ada di sini (Perlis),” katanya ketika berucap pada perasmian ANMS Peringkat Negeri Perlis di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad semalam.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan merasmikan majlis tersebut. Turut berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Khairy berkata jelajah kayuhan basikal yang dinaungi Tuanku Raja Perlis bukan hanya sekadar berkayuh tetapi turut melawat kampung sekitar negeri itu.

Katanya peluang pembanguna­n ekonomi secara langsung akan meningkatk­an tahap kesihatan masyarakat, apabila mereka mempunyai kemampuan dari segi kewangan kerana soal pembanguna­n ekonomi sangat berkait rapat dengan isu kesihatan.

Khairy berkata soal kebersihan persekitar­an juga penting, kerana persekitar­an adalah penentu kepada kesihatan dapat mengurangk­an ancaman terhadap penyakit.

Sementara itu, Khairy turut menyaranka­n rakyat di Perlis khususnya warga emas segera mengambil suntikan dos penggalak bagi melindungi diri mereka daripada ancaman COVID-19.

Beliau berkata setakat ini, hanya sekitar 43 peratus populasi dewasa di negeri itu direkodkan telah lengkap mengambil suntikan dos penggalak.

“Sekiranya gelombang baharu datang, mereka berusia 70 tahun ke bawah hanya akan mendapat selsema biasa namun bagi mereka yang lebih berusia, mereka adalah golongan berisiko disebabkan tahap imuniti yang rendah,” katanya.

Tambah beliau, sewaktu negara berada dalam fasa peralihan endemik ketika ini, berkemungk­inan akan ada gelombang jangkitan baharu dari semasa ke semasa dan walaupun mungkin kes akan meningkat, namun keadaannya tidak akan begitu teruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia