Utusan Borneo (Sabah)

PDRM laksana pelbagai inisiatif tangani isu penipuan siber

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KUDAT: Polis menjalanka­n pelbagai inisiatif dalam usaha menangani kegiatan penipuan siber atau scammer di negeri ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, isu membabitka­n penipuan ini sememangny­a menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Katanya, antara penipuan yang kerap dilaporkan termasuk Macau Scam dan pelaburan tidak wujud yang mengakibat­kan kerugian wang yang banyak.

“Polis melakukan pelbagai usaha termasuk platform semakan nombor telefon dan bank akaun scammer melalui website http://ccid.rmp.gov. my/semakmule.

“Langkah ini diambil bagi memudahkan masyarakat memeriksa maklumat penipuan sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Community Policing di Pulau Banggi di sini semalam.

Mengulas lanjut Idris berkata, masyarakat juga dinasihatk­an supaya sentiasa berhati-hati dan tidak memberikan maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali melalui panggilan telefon.

“Pendek kata, rajin-rajinlah mengambil tahu dan membaca segala pendedahan yang dibuat pihak berkuasa berkaitan penipuan siber atau scammer.

“Ia bukanlah teknik pukau yang popular digunakan dahulu sebaliknya teknik manipulasi terhadap kurangnya kesedaran dan sikap ambil tahun atau peduli terhadap sesuatu isu,” katanya.

 ?? ?? IDRIS
IDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia