Utusan Borneo (Sabah)

Pemeriksaa­n kesihatan penting untuk rawatan awal penyakit

- Oleh Yap Siong Han

TUARAN: Pemeriksaa­n kesihatan secara berkala akan membantu pengesanan awal sebarang penyakit termasuk kanser.

Isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag berkata, penduduk kampung ini termasuk golongan wanita sentiasa melakukan pemeriksaa­n kesihatan dari semasa ke semasa agar rawatan awal dapat diambil.

“Ketahuilah bahawa pengesanan awal penyakit khususnya kanser membolehka­n rawatan awal dapat dilakukan. Kanser yang dikesan di peringkat awal dan menerima rawatan awal mempunyai peluang tinggi untuk kesembuhan.

“Selain pergi ke mana-mana hospital atau klinik untuk pemeriksaa­n kesihatan, jika ada pemeriksaa­n kesihatan secara percuma seperti program hari ini, ambillah peluang ini,” katanya ketika merasmikan Program Kesedaran Kanser di Dewan Kampung Penimbawan di sini, pada Sabtu.

Sehubungan itu beliau yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan

Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) berharap, pengisian beberapa aktiviti menerusi program ini seperti saringan kesihatan, saringan kanser rahim dan kanser mulut serta pemeriksaa­n pergigian memberi manfaat kepada penduduk kampung ini.

“Saya juga berharap ceramah kanser yang telah disampaika­n ini akan memberi pengetahua­n serta kesedaran kepada semua peserta betapa pentingnya mengamalka­n gaya hidup sihat dan sentiasa melakukan pengesanan awal penyakit kanser,” katanya.

Dalam masa sama, Juliah juga mahu Persatuan Sukarelawa­n Kanser Sabah (PSKS) agar meluaskan program ini ke seluruh negeri khususnya di luar bandar dan pedalaman.

“Ini sejajar dengan hasrat kita yang mahu rakyat kita lebih peka dengan tahap kesihatan masingmasi­ng, selain memberi perkhidmat­an percuma kepada mereka.

“Semoga usaha murni PSKS ini sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan dalam melaksanak­an program kesihatan di seluruh negeri,” katanya.

 ?? ?? TINJAU: Juliah (dua kiri) melawat pameran pada Majlis program Kesedaran Kanser Anjuran PSKS di Gelanggang Futsal Kampung Penimbawan, Tuaran.
TINJAU: Juliah (dua kiri) melawat pameran pada Majlis program Kesedaran Kanser Anjuran PSKS di Gelanggang Futsal Kampung Penimbawan, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia