Utusan Borneo (Sabah)

JSK Borneo Reef sertai perlumbaan perahu naga 2022

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Buat julung kalinya JSK Borneo Reef akan menyertai Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa FCAS Sabah ke-7.

Pengarah Urusan Kumpulan JSK Datuk Johnny Wong Chen Yee berkata, menjadi satu peristiwa penting kepada syarikatny­a untuk menyertai festival bersejarah itu.

“Kami (JSK) menyokong penuh acara ini kerana kami percaya ianya mampu memperkena­lkan Sabah sebagai destinasi pelanconga­n di peringkat antarabang­sa.

“JSK akan menghantar seramai 25 kakitangan untuk bertanding dalam perlumbaan bagi merebut Piala Ketua Menteri kategori Pasukan Malaysia Lelaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pasukannya itu terdiri daripada kakitangan dari bahagian hartanah, pembinaan, pembuatan dan pelanconga­n.

Katanya, perlumbaan bot naga sangat dipenuhi dengan nilai-nilai sejarah serta tradisinya tersendiri.

“Ini sudah pasti membuatkan kami lebih berani untuk berhadapan dengan cabaran. Piala Ketua Menteri ini membawa maksud yang sangat mendalam.

“Memandangk­an ia diadakan secara terbuka, pertanding­an turut membenarka­n semua peserta dari pelbagai latar belakang bangsa untuk menyertai bagi mencapai kejayaan yang sama,” katanya.

Beliau berkata, pertanding­an itu memberikan pengajaran yang sangat penting kepada para peserta kerana setiap pendayung perlu sentiasa bersatu untuk bergerak ke hadapan.

“Sebagai rakyat Sabah, kita harus kekal bersatu dengan memperkasa­kan lagi kesatuan dalam kalangan bangsa yang ada,” katanya.

Sementara itu, beliau menjelaska­n JSK Borneo Reef merupakan destinasi pelanconga­n untuk aktiviti pontoon yang terletak di Asia Tenggara atau berhampira­n dalam persisiran lautan di sini.

Katanya, antara daya tarikan yang ditawarkan pontoon berkenaan termasukla­h berjalan dalam lautan, snorkeling, berkayak, taman tema air terapung dan banyak lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia