Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki mengamuk guna parang ditahan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami sakit mental ditahan polis selepas mengamuk dengan memegang parang di sebuah taman perumahan di Kepayan di sini.

Lelaki berumur 38 tahun itu juga turut bertindak memecahkan cermin serta merosakkan sebuah kenderaan teksi yang diletakkan di kawasan perumahan berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang.

Menurut sumber, kejadian disedari pihak berkuasa selepas dihubungi penduduk taman perumahan yang ketakutan dengan gelagat lelaki terbabit.

Pasukan polis yang tiba di lokasi kejadian kemudianny­a terpaksa mengambil masa beberapa minit bagi menenangka­n lelaki terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, gelagat menakutkan lelaki terbabit sempat dirakam penduduk sebelum tular di media sosial.

Rakaman video itu menunjukka­n lelaki yang tidak berbaju dan berseluar pendek itu dilihat berjalan mengelilin­gi perumahan berkenaan sambil membawa sebilah parang.*

 ?? ?? KENANGAN: Johnny (baju putih) merakamkan gambar kenangan bersama pasukan JSK Borneo Reef yang akan bertanding pada perlumbaan perahu naga.
KENANGAN: Johnny (baju putih) merakamkan gambar kenangan bersama pasukan JSK Borneo Reef yang akan bertanding pada perlumbaan perahu naga.
 ?? ?? MENGAMUK: Tangkap layar pada rakaman video yang menunjukka­n lelaki terbabit mengamuk sambil memegang parang.
MENGAMUK: Tangkap layar pada rakaman video yang menunjukka­n lelaki terbabit mengamuk sambil memegang parang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia