Utusan Borneo (Sabah)

KARYA: CHACHO MOHAMA

-

CIKGU CHACHO MOHAMA dilahirkan pada 26 Jun 1952 di Kampung Sungai Limau, Sebatik, Tawau. Beliau mendapat pendidikan awal di NVS Sungai Melayu dari darjah satu hingga dua sebelum berpindah ke Ranggu dan bersekolah di SK Kinabutan hingga tamat sekolah rendah. Beliau sempat bersekolah di SMK Kuhara sebelum berhenti kerana sebab yang tidak dapat dielakkan. Beliau pernah menjadi buruh kasar,bekerja menebas lalang dan pernah juga bekerja membuat pam air di kampungnya. Beliau pernah jadi guru sandaran sebelum diterima memasuki Maktab Perguruan Kent tahun 1974-1975. Selepas tamat maktab, beliau bertugas sebagai SRK Bergusong dari tahun 19761979, sebelum berpindah ke Kem Kubota dari tahun 1980-1983. Kemudian Cikgu Chacho bertukar ke SRK Sungai Tongkang pada 1983-1984 sebagai guru besar. Pada tahun 1984 juga, beliau ditukarkan ke Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Tawau. Pada tahun 1989, beliau dilantik sebagai Nazir Sekolah Zon Tawau hingga tahun 1990. Selepas itu, beliau dilantik sebagai Penyelia Unit Naik Pangkat di ibu pejabat. Kemudian beliau dilantik sebagai guru besar SK Kem Lok Kawi dari tahun 1999 hingga 2000. Dari SK Kem Lok Kawi beliau dilantik pula sebagai Penyelia Pendidikan Daerah Ranau hingga tahun 2003. Pada tahun 2004, Cikgu Chacho dilantik sebagai guru besar SK Tanjung Sru 1 sehinggala­h bersara pada 2008. Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang sebanyak dua kali, 1997 dan 2007, Anugerah Tokoh Guru 2012. Beliau juga dianugerah­i Bintang Setia Kinabalu (BSK) pada tahun 2005.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia