Utusan Borneo (Sabah)

FIONA FLORISCA JOMINIS,

-

adalah graduan Universiti Malaysia Sabah, yang tinggal di Kudat, Sabah. Meminati dunia penulisan semasa di bangku sekolah lagi. Pernah bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Pinawantai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pinawantai.Berasal dari keluarga yang hidup sederhana di daerah Matunggong, kudat. Penulis suka membaca buku fantasi atau buku fiksyen dan bukan fiksyen. Kebanyakan buku yang penulis baca dipinjam dari Perpustaka­an Kudat, Sabah. Penulis adalah anak keempat dan lima adik beradik. Selain itu, penulis memulakan penulisan seawal 2018, iaitu semasa di ruang belajar universiti lagi. Karya cerpen penulis pernah diterbitka­n di dalam akhbar Utusan Borneo dan New Sabah Times pada tahun 2020. Kemudian, di tahun 2021, penulis mendapat peluang mencoret kisah sendiri dalam majalah Tunas Cipta bulan Julai, yakni majalah dibawah kendalian Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulis mempunyai nama pena, dengan Fiona FJ atau Fiona Florisca Jominis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia