Utusan Borneo (Sabah)

Dua projek jalan raya bakal dilaksana di Tongod

-

TONGOD: Penantian lebih 50 tahun penduduk kawasan Kuamut memiliki dua projek jalan raya merentasi pantai timurpedal­aman di daerah ini bakal menjadi kenyataan dalam tempoh kurang dari lima tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata, gabungan keduadua rangkaian jalan raya berturap itu membabitka­n jarak sejauh 102 kilometer.

Katanya, jalan menghubung­kan Linyukan dekat sini dan Sinaran di Keningau sejauh 55 kilometer bernilai RM320 juta, manakala satu lagi jalan baharu dari Kampung Imbak ke pusat peranginan tropika di Imbak Canyon sejauh 47 kilometer menelan belanja RM300 juta.

Masiung berkata, fasa pertama laluan LinyukanSi­naran Keningau kini sudah pun mula dilaksanak­an. Sementara jalan Kampung Imbak ke Imbak Canyon dijangka bermula awal tahun depan.

Terdahulu Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB) melancarka­n program Tagal Tradisi anjuran Jabatan Perikanan Sabah dan Lapan Jawatankua­sa Tagal di Kampung Entilibon Asal di sini kelmarin.

“Kedua-dua projek jalan raya ini bakal membawa ledakan ekonomi penduduk termasuk kemunculan pekan baharu yang menjadi mercu tanda daerah Tongod.

“Paling ketara jajaran jalan ini nanti akan memberi nafas baharu kepada industri pelanconga­n. Ia adalah berita baik kepada pengusaha pusat peranginan hutan tropika terkemuka iaitu Imbak Canyon,” jelasnya.

Menurutnya, pembinaan jalan raya itu juga impian yang bakal memberi kemudahan pergerakan penduduk dari Tongod ke ibu negeri dengan jarak dekat menerusi Pensiangan dan Keningau.

Masiung berkata, laluan itu juga bukan sahaja membuka akses perhubunga­n darat tetapi mewujudkan banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat setiap kawasan laluannya.

 ?? ?? LANCAR: Masiung (kanan) menandatan­gani papan tanda Tagal Tradisi sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Azhar Kassim (kiri).
LANCAR: Masiung (kanan) menandatan­gani papan tanda Tagal Tradisi sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Azhar Kassim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia