Utusan Borneo (Sabah)

113 kes baharu COVID-19 di Sabah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Angka jangkitan harian kes COVID-19 di Sabah merekodkan penurunan semalam iaitu 113 kes baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah berkenaan membabitka­n penurunan sebanyak 79 kes atau 41 peratus lebih rendah daripada angka hari sebelumnya.

Katanya, faktor utama yang menyebabka­n penurunan ketara angka jangkitan berkenaan berikutan sampel ujian pada hujung minggu yang biasanya lebih rendah daripada hari biasa.

Menurutnya, jumlah sampel ujian pada Ahad adalah sebanyak 1,710 berbanding 2,044 sampel pada Sabtu.

“Hari ini lebih banyak daerah yang mencatatka­n penurunan daripada daerah-daerah yang merekodkan jangkitan yang bertambah.

“Sebanyak 13 daerah merekodkan penurunan kes harian berbanding hanya dua daerah yang merekodkan peningkata­n kes.

“Angka penurunan yang besar di beberapa daerah utama juga membantu mengurangk­an jumlah kes harian di Sabah. Keskes baharu di Penampang turun sebanyak 38 kes, Tawau turun 11 kes, Kota Kinabalu turun lapan kes dan Sandakan berkuranga­n lima kes,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, bilangan daerah sifar bertambah daripada 12 kepada 18 daerah antaranya Tawau, Keningau, Tenom, Sipitang, Tambunan, Putatan, Kota Marudu, dan Lahad Datu.

Selain itu jelasnya, angka penyusutan kes harian yang begitu besar tidak semestinya bermakna keadaan sudah bertambah baik daripada sebelumnya.

“Bilangan sampel ujian turut menentukan jumlah kes harian kita. Jumlah sampel ujian yang lebih rendah berkemungk­inan akan menghasilk­an jumlah kes positif yang juga lebih rendah atas andaian kadar positiviti kekal seperti sebelumnya.

“Sebanyak 112 daripada 113 kes yang direkodkan adalah dalam kategori satu dan dua, manakala satu kes dalam kategori empat,” katanya.

 ?? ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia