Utusan Borneo (Sabah)

Tun Juhar seru graduan tingkatkan ilmu terkini

-

KOTA KINABALU: Golongan graduan diseru memperting­katkan ilmu terkini agar dapat mendepani cabaran revolusi teknologi.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin berkata, graduan perlu percaya pada kekuatan diri dalam menghadapi era pembanguna­n teknologi seperti ‘Artificial Intelligen­ce’ (AI) dan ‘Robotic Process Automation’ yang tidak boleh dihalang.

“Antara langkah yang boleh diambil untuk mendepani cabaran ini adalah dengan melakukan perubahan seperti berminda keusahawan­an dan menguasai kemahiran dalam mengharung­i kehidupan.

“Selain itu, graduan juga perlu bersedia memperting­katkan penguasaan ilmu terkini untuk membantu agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an perutusan dan mengisytih­arkan Majlis Konvokesye­n Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kali Ke-23 Bagi Graduan 2021 di Dewan Canselor UMS di sini Sabtu lepas.

Dalam pada itu, Juhar juga berharap pertambaha­n ilmu yang diperoleh para graduan diguna bagi menabur bakti, menyemai ilmu kepada generasi seterusnya.

“Paling utama jangan pernah untuk lupa berpaling melihat UMS dan berikan bakti kepada generasi baharu yang sedia menanti anda di sini.

“Kita tidak berhasrat mengubah sejarah tetapi anda sebagai graduan yang dilahirkan oleh UMS berada dalam kedudukan mampu melakar sejarah untuk hari-hari mendatang,” katanya

Pada majlis itu, Juhar yang juga Canselor UMS menyampaik­an penganuger­ahan ijazah kepada graduangra­duan sidang pertama yang terdiri daripada 71 graduan Doktor Falsafah (PhD), enam graduan Doktor Kesihatan Awam (DrPH), 96 graduan Sarjana Penyelidik­an, 23 graduan Sarjana Kerja Kursus (Pascasiswa­zah SPADA), 238 graduan Sarjana Kerja Kursus dan 27 graduan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Pengajian Islam (FIS).

Turut disampaika­n, Anugerah Pelajaran Diraja (Bumiputera) dan Anugerah Pelajaran Diraja (Bukan Bumiputera) masing-masing diberikan kepada Mohamad Hilmi Mohd Zalis dari FIS dan Wong Wee Tyng dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP).

Selain itu, Anugerah Pingat Emas Canselor disampaika­n kepada Yip Kai Ting dari Fakulti Kejurutera­an (FKJ) dan Anugerah Pingat Emas Naib Canselor pula diberikan kepada Wong Ying Huan dari Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA).

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan; Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah UMS.

Majlis konvokesye­n itu turut menyaksika­n seramai 4,319 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, diploma lepasan ijazah dan diploma.

 ?? ?? ANUGERAH: Wong Wee Tyng (kiri) menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Bukan Bumiputera) daripada Tun Juhar.
ANUGERAH: Wong Wee Tyng (kiri) menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Bukan Bumiputera) daripada Tun Juhar.
 ?? ?? GRADUAN: Sebahagian daripada graduan yang terlibat dalam Sidang Pertama Majlis Konvokesye­n UMS ke-23.
GRADUAN: Sebahagian daripada graduan yang terlibat dalam Sidang Pertama Majlis Konvokesye­n UMS ke-23.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia