Utusan Borneo (Sabah)

Tiga sekeluarga cedera dalam kemalangan

- Oleh Hamzah Sanudin

KUNAK: Tiga sekeluarga termasuk seorang kanakkanak cedera selepas pacuan empat roda yang dinaiki terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Bukit Ular Lahad Datu-Kunak di sini kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak Mohamad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 pagi.

“Seramai lima anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pacuan empat roda berkenaan berada di parit tepi jalan dan dipercayai terbabas sendiri,” katanya dalam kenyataan media, di sini Sabtu lepas.

Katanya, ketiga-tiga mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Kunak untuk menerima rawatan lanjut sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Maklumat ketiga-tiga mangsa tidak diperolehi dan kes terbabit diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak.

“Pasukan bomba menjalanka­n pemeriksaa­n akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.47 pagi,” katanya.

 ?? ?? TERBABAS: Kenderaan mangsa mengalami kerosakan selepas terbabas ke tepi jalan.
TERBABAS: Kenderaan mangsa mengalami kerosakan selepas terbabas ke tepi jalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia