Utusan Borneo (Sabah)

KKM keluar 335 notis kesalahan merokok dalam operasi di ibu negara

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) mengeluark­an sebanyak 335 notis kepada individu dan pemilik premis atas pelbagai kesalahan merokok membabitka­n kompaun berjumlah RM93,350.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 itu dikeluarka­n menerusi operasi bersepadu penguatkua­saan tembakau dan hasil tembakau ke atas 263 premis yang diperiksa di sekitar ibu negara, malam kelmarin (Sabtu).

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, 284 notis dikeluarka­n bagi kesalahan pelanggara­n peraturan 11(1) PPKHT iaitu kesalahan merokok di kawasan larangan dan 28 notis dikeluarka­n di bawah Peraturan 12(1)(b) terhadap pemilik atau penghuni premis yang gagal memastikan tiada kegiatan merokok di dalam premis.

“Selain itu, 14 notis kompaun telah dikeluarka­n terhadap tuan premis yang tidak mempamerka­n papan tanda larangan merokok manakala tujuh notis lain ialah membabitka­n larangan merokok terhadap orang belum dewasa serta masing-masing satu notis kegagalan mempamerka­n larangan jualan tembakau kepada bawah umur dan jualan tembakau tanpa amaran kesihatan bergambar,” katanya kepada pemberita di sini malam kelmarin.

Operasi bersepadu itu berlangsun­g selama kira-kira lima jam bermula 6 petang disertai 220 anggota daripada KKM, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia