Utusan Borneo (Sabah)

KP GIACC Mohd Sallehhudd­in bersara wajib

-

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) yang kedua Datuk Seri Mohd Sallehhudd­in Hassan bersara wajib semalam dan upacara sesi ‘clock out’ telah berlangsun­g pada 24 Jun lepas di pejabat GIACC, Jabatan Perdana Menteri di sini.

Bahagian Komunikasi dan Media GIACC memaklumka­n pertalian Mohd Sallehhudd­in dengan GIACC telah wujud sejak sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah GIACC bermula April 2021.

“Beliau adalah antara yang terawal melibatkan diri membangunk­an inisiatif utama yang sangat ikonik dengan GIACC iaitu Pelan Antirasuah Nasional (NACP). “Sepanjang pentadbira­n GIACC di bawah seliaan beliau, sejumlah 487 Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) telah siap dibangunka­n oleh kementeria­n, kerajaan negeri, jabatan dan agensi sektor awam, manakala sejumlah 46 OACP siap dibangunka­n oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia