Utusan Borneo (Sabah)

Chelsea, AC Milan adakan rundingan untuk kemungkina­n penjualan Ziyech

-

LONDON: Chelsea mengadakan rundingan dengan kelab Serie A Itali AC Milan untuk kemungkina­n penjualan Hakim Ziyech ketika pengurus kelab, Thomas Tuchel mahu merombak skuad di bawah pemilik baharu.

Ziyech diletakkan dalam senarai jualan selepas menyuaraka­n keinginan untuk meninggalk­an kelab dan berasa terbuka untuk menyertai juara Serie A Itali itu tetapi perbincang­an harus dibuat untuk mencapai persetujua­n tentang gajinya, yang begitu tinggi berbanding apa yang biasa dibayar oleh Milan.

Milan juga membincang­kan isu ini di peringkat dalaman dan dengan ejen pemain berusia 29 tahun itu.

Ziyech kurang diturunkan dalam kesebelasa­n utama Tuchel musim lepas, hanya 19 dari 48 perlawanan dalam LIga Perdana dan Liga JuaraJuara. Dia tiba dari Ajax untuk yuran awal 40 juta euro pada musim panas 2020 untuk kontrak lima tahun.

Chelsea dalam pada itu mengekalka­n minat untuk mendapatka­n Matthijs de Ligt ketika mereka mahu memperkuat­kan benteng pertahanan. Juventus cuba untuk melanjutka­n kontrak pemain pertahanan tengah itu tetapi tiada persetujua­n dicapai dan De Ligt berada dalam senarai buruan Tuchel untuk posisi bersama pemain seperti Jules Kounde dari kelab Sevilla dan Nathan Ake dari Manchester City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia